fbpx
Cerita Borneo

Pandang Rendah Sarung Tangan Buatan Malaysia, Warga British Yang Berlagak Sombong Dikecam

We rather have a lower number of COVID-19 deaths compared to the UK, mate!

Pandang Rendah Sarung Tangan Buatan Malaysia, Warga British Yang Berlagak Sombong Dikecam. Malaysia merupakan antara negara pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia, joining other glove export countries seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan India. Difahamkan kerajaan Malaysia telah menyumbangkan sebanyak 200 tan sarung tarung kepada kerajaan United Kingdom sebagai bantuan namun seorang pengguna Twitter warga UK memperlekeh barang buatan Malaysia dan turut cetuskan kemarahan warga Malaysia.

Pandang Rendah Sarung Tangan Buatan Malaysia, Warga British Yang Berlagak Sombong Dikecam
Pandang Rendah Sarung Tangan Buatan Malaysia, Warga British Yang Berlagak Sombong Dikecam

“Adakah ia berstandard kualiti UK?”

Setiausaha Hal Ehwal Luar Negeri United Kingdom, Dominic Raab, mengucapkan terima kasih kepada Malaysia atas sumbangan sarung tangan sebanyak 200 tan sebagai bantuan kepada frontliner melalui Twitter baru-baru ini.

Ucapan terima kasih daripada Dominic Raab kepada kerajaan Malaysia. Kredit: Twitter

“200 tan sarung tangan untuk NHS sudah tiba ke UK dari Kuala Lumpur dan kini dihantar kepada pekerja barisan hadapan kita. Terima kasih kepada rakan-rakan kita daripada Kerajaan Malaysia kerana menyediakan kemudahan ini,” kata Dominic Raab.

Namun, seorang pengguna Twitter bernama Greg, mempersoalkan standard kualiti sarung tangan tersebut.

Persoalan yang mendatangkan perasaan kurang senang daripada warga Malaysia. Kredit: Twitter

“Adakah ia memenuhi standard kualiti UK? Bolehkah anda tunjukkan mana Malaysia atas peta?”

Persoalan itu turut membangkitkan kemarahan warga Malaysia yang triggered dengan kejahilan lelaki itu. Malah, beberapa warga Malaysia menjawab lelaki tersebut dengan beberapa pernyataan berfakta untuk sekolahkan lelaki terbabit.

Antaranya ialah menyentuh persoalan dia yang ibaratkan Malaysia tidak wujud, walaupun warga mereka telah menjajah Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara (sebelum kewujudan Malaysia) lebih satu abad yang lalu.

“Sudah pasti penjajah Inggeris yang pertama kali menanam getah ini satu abad yang lalu akan mengejek anda dari kubur mereka.”

“Malaysia khususnya selalu menjadi pembekal bahan mentah atau komoditi kepada British sejak zaman penjajahan untuk menyokong revolusi perindustrian mereka dengan timah, emas, getah dll. Dan sekarang, kami menolong mereka dengan peralatan penting seperti PPE. Tolong lah hargai itu.”

“Kami pernah menggunakan Piawaian British. Tetapi korang tak pun menghasilkan apa-apa. Oleh itu, kami beralih ke Eurocode, DIN, IEC dan lain-lain. British menjajah Malaysia selama 150 tahun. Anda patut tahu lebih daripada ini.”

Terdapat juga warga Malaysia yang menyentuh standard sistem kesihatan Malaysia berada di tahap jauh baik berbanding dengan UK, dengan mengungkit catatan jangkitan Covid-19 dan kematian mereka yang jauh tinggi berbanding dengan catatan Malaysia.

“Tuan, melihat bagaimana UK & AS menangani wabak # COVID19, saya yakin anda mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan untuk meningkatkan standard kualiti di UK. Anda boleh gunakan piawaian kualiti Malaysia sebagai panduan untuk memulakan…”

“Maksud anda standard yang mendorong Inggeris mengatasi Itali dengan > 207,000 jumlah jangkitan, > 30,000 kematian dan jumlah kematian setiap hari yang masih ada antara 400-700 walaupun terdapat pelbagai langkah sudah diambil untuk mengurangkannya? Entah lah, kawan. Sukar juga tu!”

Malah, pelakon kita sendiri menyindir Greg.

Ouch! Nang burn habis lah lelaki ya. Jangan pula ‘cabar’ Malaysian Onion Army!

Apakah pendapat anda tentang komen Greg? Komen dan jangan lupa share!

Oh ya, di Sarawak Hari Raya dan Gawai Tahun Ini Hanya Boleh Disambut 1 Hari Sahaja, Baca Artikel :

Baca Juga Artikel Menarik Yang Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button