• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pekerja Mogok, Sebuah Syarikat Di Bintulu Ini Tak Bayar Gaji Selama 3 Bulan

Oleh
Husna Hazmi
7 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini adalah satu penindasan terhadap para pekerja.

Pekerja Mogok, Sebuah Syarikat Di Bintulu Ini Tak Bayar Gaji Selama 3 Bulan. Dalam pekerjaan, bayaran gaji para pekerja itu adalah salah satu perkara yang amat penting dan tidak boleh diambil ringan oleh pihak majikan.

Mana tidaknya, dengan sara kos kini semakin meningkat, barang-barang hampir semua naik harga, Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga makin meningkat menambahkan beban kepada mereka yang ada membuat pinjaman dan banyak lagi komitmen lain yang perlu diselesaikan.

Pekerja Mogok, Sebuah Syarikat Di Bintulu Ini Tak Bayar Gaji Selama 3 Bulan
Pekerja Mogok, Sebuah Syarikat Di Bintulu Ini Tak Bayar Gaji Selama 3 Bulan. Kredit gambar: Facebook Irk Saf

Tidak bayar gaji para pekerja selama 3 bulan

Bayangkan anda sudah bekerja keras tetapi gaji yang telah termaktub di dalam kontrak atau yang telah dijanjikan tidak dibagi. Pasti anda akan berasa marah, risau, kecewa dan sedih kan?

Berikut adalah perasaan pekerja-pekerja di sebuah syarikat di Bintulu, Sarawak ini apabila majikan mereka gagal membayar gaji para pekerja sehingga 3 bulan.

Perkongsian dari Facebook itu menunjukkan pekerja-pekerja yang sedang mogok membawa notis yang mempersoalkan di mana gaji mereka selama 3 bulan pergi?

Pekerja Mogok, Sebuah Syarikat Di Bintulu Ini Tak Bayar Gaji Selama 3 Bulan
Kredit gambar: Facebook Irk Saf
Pekerja Mogok, Sebuah Syarikat Di Bintulu Ini Tak Bayar Gaji Selama 3 Bulan
Kredit gambar: Facebook Irk Saf

Dalam notis-notis yang dibawakan para pekerja tersebut, gaji mereka dari bulan Julai, Ogos dan September belum lagi diterima.

Ada juga notis yang berkata, ‘Tiada gaji, bagaimana nak bagi makan keluarga??? Tolong bayar gaji kami dengan SEGERA!!!’.

Kasihan kami kerja 3 bulan tiada gaji!!! 3 bulan kosong, dari notis salah seorang pekerja.

Pekerja Mogok, Sebuah Syarikat Di Bintulu Ini Tak Bayar Gaji Selama 3 Bulan
Kredit gambar: Facebook Irk Saf

Didakwa mengikut Akta Kerja 1955

Mengikut undang-undang kesalahan ini boleh didakwa mengikut Akta Kerja 1955 dan dikenakan hukuman bayaran denda. Oleh itu diharap agar pihak yang berwajib boleh mengambil tindakan sewajarnya ke atas syarikat-syarikat yang tidak bertangunggjawab menindas para pekerja ini.

Diharap juga agar kita semua boleh mengambil pengajaran, bagi majikan di luar sana, patuhilah peraturan dan jangan sesekali menindas para pekerja. Buat para pekerja yang menjadi mangsa penindasan pula anda boleh membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja di https://jtksm.mohr.gov.my/ms//.

Sebelum ini, pemain pasukan Sarawak United juga telah mengalami nasib yang sama:

Pernah Dikenakan Sekatan, Kelab Bola Dari Borneo Ini Sudah 4 Bulan Tak Bayar Gaji Pemain
Pemain Sarawak United Dedah Gaji Belum Dilunaskan Sepenuhnya
SUMBER :Facebook Irk Saf
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak Kenali Kelirieng, Tiang Pengebumian Kaum Punan Dan Melanau Di Sarawak
Next Article Tumbuk Suami Kekasih, Seorang Penjawat Awam Dari Kuching Didenda RM5K Tumbuk Suami Kekasih, Seorang Penjawat Awam Dari Kuching Didenda RM5K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?