• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buat Hal Lagi, Pekerja J&T Kapit Mogok Berjemaah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar

Oleh
ILB - AI
13 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

J&T ni asyik ada masalah je 😔

Buat Hal Lagi, Pekerja J&T Kapit Mogok Berjemaah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar. Gaji tak dibayar? J&T, J&T, J&T. Kenapa jadi macam ini? Kasihan dengan pekerja, kasihan juga dengan pelanggan guna perkhidmatan awak. Baru reda satu, timbul lagi satu kes syarikat awak ni.

Kes yang terjadi di Kapit benar-benar diluar akal logik kita apabila sebuah akaun laman sosial Facebook, Buletin Kapit, Sarawak berkongsi tentang satu notis yang ditampal di hadapan premis tempat J&T Kapit beroperasi. Mengikut apa yang tertera di notis bahawa premis tidak beroperasi kerana pekerja J&T sedang mogok.

Buat Hal Lagi, Pekerja J&T Kapit Mogok Berjemaah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar
Buat Hal Lagi, Pekerja J&T Kapit Mogok Berjemaah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar. Sumber gambar: FB Buletin Kapit, Sarawak

Mogok berjemaah kerana gaji.

Pekerja J&T di Kapit telah mogok berjemaah kerana isu gaji mereka tidak dibayar oleh pihak majikan. Mogok mereka bukan biasa-biasa apabila mereka mogok sehingga J&T tidak beroperasi. Jangan buat main kalau isu berkaitan duit. Lebih-lebih duit gaji.

Barang terperam, cadang guna cara paksa.

Apa yang menjadi kekesalan apabila penutupan premis tersebut menyebabkan pelanggan yang hendak mengambil barang mereka yang telah sampai di Kapit tidak dapat disempurnakan. Terperam di dalam premis. Ada ibu yang nak bersalin risau barang bayi terperam, begitu juga peniaga yang risau kerana takut barang jualan mereka diperam juga. Nak bersalin jadi berganda resahnya, nak cari pendapatan pun tergendala, kan?

Buat Hal Lagi, Pekerja J&T Kapit Mogok Berjemaah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar
Ada Lagi Kes ‘Courier’ J&T, Kali Ini Pekerja Mogok Gaji Tidak Dibayar. Sumber gambar: FB Buletin Kapit, Sarawak

Bahkan kerisauan pelanggaan dengan barang milik mereka terperam di dalam premis sehingga ada yang memberi cadangan sehingga gunakan cara paksa seperti ”Babak pintu dia”, pecahkan pintu premis. Tapi, ketahuilah bahawa ini pasti akan menimbulkan permasalahan lagi. Bukannya selesai, malah makin teruk.

Buat Hal Lagi, Pekerja J&T Kapit Mogok Berjemaah Gara-Gara Gaji Tak Dibayar
Sumber gambar: FB Buletin Kapit, Sarawak

Bagi pelanggan, mereka turut merasa ketidakadilan kerana bagi mereka tentang kos postaj menggunakan perkhidmatan J&T telah dibayar, bungkusan Shopee atau Lazada yang menggunakan perkhidmatan J&T bukan dalam kuantiti yang sedikit. Jadi seharusnya tiada alasan gaji pekerja tidak dapat dibayar oleh majikan. Seperti kita tahu sekarang kos postaj bukan murah ya. Macam mustahil saja tidak cukup peruntukkan untuk gaji pekerja.

Sekiranya kejadian seperti ini berlaku, lebih baik pekerja tahu bukan setakat gaji itu hak milik mereka malah mereka juga perlu tahu hak mereka untuk melaporkan majikan seperti ini kepada pihak yang berkuasa seperti Jabatan Tenaga Kerja. Untuk majikan, jangan senang-senang makan duit ribu-riban tapi hak pekerja awak endahkan. Kasihan dengan penat lelah pekerja, kasihan juga dengan pelanggan. Yang menjadi “kaunter aduan” nanti pasti pekerja dahulu.

Ini bukan kali pertama nama J&T hangat dipasaran. Sebelum ini juga ada. Nak tahu cerita selanjutnya, boleh baca artikel berikutnya:

Jumlah ‘Parcel’ Meningkat Mendadak, J&T Mohon Maaf Atas Kelewatan Penghantaran

J&T Kuching Buat Hal Lagi, Netizen Kesal Dengan Servis Kurier Yang Acap Kali Cuai Dan Tidak Amanah
SUMBER :FB Buletin Kapit, Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemandu Kancil Tersepit, Punca Kemalangan Disyaki Bawa Laju Di Kawasan Selekoh Jalan Stakan
Next Article Dipercayai Bahaya Hingga Boleh Meragut Nyawa, Penjualan Bedak Johnson & Johnson Bakal Dihentikan Dipercayai Mengandungi Bahan Bahaya, Penjualan Bedak Talkum Johnson & Johnson Bakal Dihentikan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?