I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize

Last updated: 24/07/22 10:55 AM
Siti Nur Atiqah Manan
Kongsi
3 Min Bacaan
Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize
Kongsi

Wakil tunggal dari Sabah, mewakili Malaysia.

Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize. Menjadi wakil tunggal untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa adalah satu pencapaian yang membanggakan. Lebih-lebih lagi wakil tersebut baru berusia 20 tahun.

Alesyah Asa merupakan salah seorang penuntut di Kolej Vokasional Keningau ini telah terpilih untuk mewakili Malaysia khasnya negeri di Bawah Bayu. Beliau merupakan salah satu calon daripada 50 orang calon serata dunia.

Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize
Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize. Sumber gambar: FB Datuk Mohamad Alamin

Pencapaian di peringkat antarabangsa.

Pemilihan beliau adalah berdasarkan daripada pencapaiannya yang sebelum ini. Pada tahun 2019, beliau telah memenangi pertandingan STEM Awesome Foundation di Amerika Syarikat. Bukan itu sahaja, beliau juga telah memenangi pertaandingan inovasi antarabangsa anjuran UNESCO pada tahun 2020 yang lalu.

Bahkan, pada tahun yang sama beliau juga telah mengetuai delegasi pertukaran pelajar di Korea Selatan. Pencapaian beliau di peringkat antarabangsa ini telah menjadi titik tolak untuk memilih beliau sebagai calon yang terbaik untuk ke Anugerah Global Student Prize.

Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize
Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize. Kredit gambar: FB Kolej Vokasional Keningau

Anugerah berprestij.

Anugerah Global Student Prize ini adalah satu anugerah yang berprestig yang akan dilangsungkan di Amerika Syarikat. Anugerah yang dianjurkan oleh Chegg.org bersama dengan The Varkey Foundation ini adalah anugerah yang menghimpunkan 50 orang calon terbaik dunia.

50 orang calon ini dipilih atas pencapaian mereka dalam bidang akademk, impak yang mereka wujudkan kepada persekitaran atas hasil pencapaian mereka, bagaimana cara mereka membuat perubahan dalam komuniti dan bagaimana cara mereka mengatasi permasalahan yang timbul.

Selain itu, calon juga akan dinilai daripada segi mereka menyampaikan idea mereka dengan kreativiti masing-masing. Bukan dari sudut pandang sebagai seorang inividu sahaja, namun sebagai seorang yang mewakili seluruh penduduk dunia amnya.

Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize
Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize. Kredit gambar: WOB

RM445,000 menjadi habuan Alesyah untuk projeknya.

Habuan dari anugerah ini bukan bernilai kecil, ianya adalah sebanyak USD100,00.00 bersamaan dengan RM445,000. Untuk Alesyah mendapatkan habuan ini, beliau mesti menduduki tempat 10 teratas sebelum pemenang utamanya diumumkan.

Menurut Alesyah, sekiranya diberi peluang untuk merangkul anugerah ini, beliau akan menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam Eureka Hub.

Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize
Pelajar Dari Kolej Vokasional Keningau Menjadi Wakil Tunggal Untuk Anugerah Global Student Prize. Kredit gambar: Hmetro

Eureka Hub ini adalah satu projek yang diketuai oleh beliau sendiri dimana projek ini mendedahkan dan membantu komuniti dalam bidang robotik, drones, 3D printing dan dalam bidang keusahawanan.

Untuk pengetahuan semua, projek ini telah diiktiraf oleh Awesome Foundation, Amerika Syarikat.

Orang Sabah sememangnya hebat. Contoh artikel lain yang menceritakan pencapaian orang-orang Sabah:

SUMBER : Adtuk Mohammad Alamin
Siti Nur Atiqah Manan 24 Julai 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article ‘Saya Dah Jadi Jutawan!’ Pemandu Lori Dari Sri Aman Menang Jackpot RM 9.38 Juta
Next Article Media China Lapor 38 Unit Tren ART Bakal Dibeli Untuk Sarawak Sarawak Bakal Beli 38 Unit Tren ART Dari Negara China

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Cerita Borneo

Seksyen Pujut Dibuka Secara Rasmi, Sarawak Akan Memiliki Jalan Raya Bertaraf Dunia

8 Ogos 2022
Ketahui 'Legend Of Ancient Borneo', Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia
Cerita Borneo

Kenali Legend Of Ancient Borneo, Filem Pendek Animasi Kadazan Pertama Di Malaysia

7 Ogos 2022
Cerita Borneo

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun

7 Ogos 2022
"Demam Kunafa", Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan
Cerita Borneo

‘Demam Kunafa’, Ini 5 Lokasi Yang Menjual Kunafa Di Sekitar Kuching Dan Samarahan

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?