• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Kosmetologi KV Keningau Johan Dan Naib Johan Pertandingan Kitar Semula

Oleh
Farisha
5 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelajar KV Keningau menang pertandingan kitar semula The KIDDOS Carnival

Pelajar Kosmetologi KV Keningau Johan Dan Naib Johan Pertandingan Kitar Semula. Pelajar-pelajar Kosmetologi Kolej Vokasional (KV) Keningau telah berjaya merangkul kedudukan pertama dan kedua dalam Pertandingan Kitar Semula The KIDDOS Carnival kategori sekolah menengah sempena Taman Bandukan Music Festival anjuran Persatuan Boneo Bayu Kreatif Keningau pada 29 November 2024 di Ficus Hall, Taman Bandukan Riverside Resort.

Para pelajar kolej itu berjaya memenangi plak, sijil dan wang tunai berjumlah RM 500 untuk tempat pertama dan RM 300 untuk tempat kedua tajaan De Success Tupperware.

Pelajar Kosmetologi KV Keningau Johan Dan Naib Johan Pertandingan Kitar Semula
Pelajar Kosmetologi KV Keningau Johan Dan Naib Johan Pertandingan Kitar Semula

KV Keningau Juara Kategori Sekolah Menengah: Usaha Kitar Semula yang Menginspirasikan

Pasukan yang mendapat tempat pertama tersebut mempertaruhkan kerusi bangku untuk pakar kecantikan menjalankan rawatan kaki di luar premis sebagai produk kita semula mereka. Kerusi bangku tersebut diperbuat daripada botol plastik yang diisi dengan suratkhabar lama dan beg plastik dan ianya diikat rapi dan diperkukuhkan dengan bahan-bahan terbuang seperti papan, wayar dan pakaian yang sudah tidak digunakan.

Kerusi itu juga mengandungi ruang untuk menyimpan peralatan yang diperlukan untuk rawatan kaki. Pasukan ini terdiri daripada Jesslinda Had Kennedy, Chin Pui Yee dan Venisia Maures. Projek yang mendapat tempat kedua dalam kategori tersebut telah dipertandingkan oleh Rosbianahlin Rosli yang telah berjaya membuat berus pembersih untuk rawatan kaki daripada sisa tongkol jagung malah pembungkus produk itu juga turut diperbuat daripada kulit jagung itu.

Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, menyatakan rasa gembira dengan pencapaian para pelajar ini lagi lagi produk yang mereka hasilkan sejajar dengan konsep kelestarian alam dan keusahawanan sosial yang semakin ditekankan dalam dunia pendidikan dan juga sektor-sektor lain seperti pembangunan masyarakat dan kemajuan ekonomi.

Dia berharap agar para pelajar dan guru dari kolej itu terus berusaha membangunkan produk-produk yang mampu membantu komuniti dan memelihara alam sekitar.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kejayaan yang diraih oleh pelajar dari KV Keningau:

Pelajar KV Keningau Raih 10 Pingat Sabah Hospitality Fiesta Kategori Perantis
Pasukan Seni Kulinari KV Keningau Raih 3 Emas Di Pertandingan Inovasi Makanan Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Wanita Dilanggar Lori Di Lawas Hingga Putus Kaki, Mahukan Keadilan Tular Wanita Dilanggar Lori Di Lawas Hingga Putus Kaki, Mahukan Keadilan
Next Article AirAsia Rasmi Buka Laluan Kota Kinabalu Ke Ho Chi Minh AirAsia Rasmi Buka Laluan Kota Kinabalu Ke Ho Chi Minh

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?