• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tular Wanita Dilanggar Lori Di Lawas Hingga Putus Kaki, Mahukan Keadilan

Oleh
Nazihah AN
5 Disember 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Tular Wanita Dilanggar Lori Di Lawas Hingga Putus Kaki, Mahukan Keadilan

Kemalangan Tragis di Pasar Tamu Lawas

Tular Wanita Dilanggar Lori Di Lawas Hingga Putus Kaki, Mahukan Keadilan. Pada 20 Julai 2024, satu insiden tragis berlaku di kawasan Pasar Tamu Lawas apabila seorang wanita dilanggar sebuah lori. Malang bagi wanita itu, kejadian tersebut bukan sahaja meragut kaki kanannya sehingga paras atas lutut, tetapi turut mencetuskan persoalan besar tentang sistem keadilan di negara ini.

Wanita tersebut dilaporkan sedang melintas jalan di kawasan yang tidak dilengkapi lintasan zebra atau jejantas ketika dilanggar sebuah lori. Lori berkenaan dipercayai memotong di garisan berkembar, masuk ke laluan bertentangan, sebelum melanggar wanita tersebut.

Tular Wanita Dilanggar Lori Di Lawas Hingga Putus Kaki, Mahukan Keadilan
Tular Wanita Dilanggar Lori Di Lawas Hingga Putus Kaki, Mahukan Keadilan

Langgar Garisan Berkembar, Tapi Mangsa Pula Disalahkan?

Namun, apa yang lebih menyedihkan adalah apabila kes ini diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) oleh pihak berkuasa. Lebih mengejutkan, hasil siasatan pihak trafik mendapati bahawa wanita tersebut, seorang pejalan kaki, dipersalahkan atas kemalangan itu.

“Bukan sahaja saya kehilangan kaki, tetapi saya juga kehilangan kepercayaan terhadap sistem keadilan. Bagaimana pemandu lori yang jelas melanggar peraturan dibiarkan tanpa dakwaan, manakala saya pula dipersalahkan?” kata wanita tersebut dalam luahan emosinya.

Hantaran yang dimuat naik ke Facebook Sarawak Viral mengundang perhatian ramai selepas wanita tersebut berkongsi pengalaman hitamnya:

20 Julai 2024 menjadi titik hitam dalam hidup saya. Takdir malang menimpa apabila saya dilanggar sebuah lori ketika melintasi jalan di kawasan Pasar Tamu Lawas. Lori tersebut memandu secara melulu dan memotong garisan berkembar sehingga memasuki laluan bertentangan.

Dalam sekelip mata, segalanya berubah. Kaki kanan saya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong sehingga atas paras lutut.

Bukan hanya anggota tubuh yang terkorban, tetapi juga semangat dan keyakinan saya terhadap sistem keadilan.

Setelah pulih dari pembedahan, dengan tekad yang tersisa, pada 30 September 2024 saya ke Balai Polis Lawas untuk membuat laporan.

Namun segala harapan saya musnah, pada November 2024 saya dimaklumkan bahawa kes ini telah diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Lebih menyakitkan apabila pihak trafik menyatakan bahawa berdasarkan siasatan mereka seorang pejalan kaki iaitu saya yang bersalah dalam kemalangan ini.

Kecewa? Tidak, ia lebih dari itu.

Hati saya luluh. Bagaimana mungkin keadilan begitu murah hingga pemandu lori yang melanggar peraturan dibiarkan bebas, manakala saya yang kehilangan anggota tubuh pula dianggap bersalah?”

Fakta-fakta Penting yang Menimbulkan Persoalan

Dalam kenyataannya, wanita tersebut mengetengahkan beberapa fakta yang menurutnya tidak diambil kira dengan teliti:

  1. Pelanggaran Garisan Berkembar
    Lori tersebut secara jelas memotong di garisan berkembar dan masuk ke laluan bertentangan. Ini adalah satu kesalahan jalan raya.
  2. Ketiadaan Infrastruktur Pejalan Kaki
    Kawasan kemalangan tidak dilengkapi dengan lintasan zebra atau jejantas, menyebabkan pejalan kaki terpaksa melintas secara biasa.
  3. Kekeliruan dalam Rajah Lokasi
    Rajah kasar siasatan menunjukkan garisan berkembar sebagai putus-putus, memutarbelitkan fakta kejadian.
  4. Siasatan Lokasi Dipertikai
    Wanita itu mempersoalkan sama ada siasatan di lokasi dijalankan dengan teliti memandangkan terdapat ketidakselarasan dalam laporan.

Wanita tersebut menyeru saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan semula. Beliau juga merayu agar pihak berkuasa meneliti kes ini secara telus dan adil.

“Nyawa dan maruah manusia tidak seharusnya dipandang remeh. Jika keadilan boleh diketepikan dengan begitu mudah, apa akan terjadi kepada mangsa lain?” katanya.

Baca juga artikel di bawah:

Padah Kacau Bini Orang, Lelaki Sabah Sikit Lagi Nak Putus Kaki Lepas Dikapak
Sering Menang Hadiah Lumayan, Lelaki Kaki Contest Ini Kongsi Tips Masuk Peraduan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Luruan Monsun Dijangka Melanda Sarawak Mulai 8 Hingga 14 Disember
Next Article Pelajar Kosmetologi KV Keningau Johan Dan Naib Johan Pertandingan Kitar Semula

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?