• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pasukan Seni Kulinari KV Keningau Raih 3 Emas Di Pertandingan Inovasi Makanan Antarabangsa

Oleh
Farisha
11 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Produk makanan berunsur Peranakan Cina, Bugis, dan Iranun bawa pulang 3 emas untuk KV Keningau

Pasukan Seni Kulinari KV Keningau Raih 3 Emas Di Pertandingan Inovasi Makanan Antarabangsa. Tiga pasukan yang terdiri daripada pelajar dan guru Kolej Vokasional (KV) keningau telah masing-masing memenangi pingat emas di pertandingan 1st International Sustainability Invention, Innovation and Development of Food, Culture and Technology (ISIIDFCT) anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang yang diumumkan keputusannya pada 5 September 2024. 

Ketiga-tiga pasukan ini telah menghasilkan produk makanan yang diterapkan dengan unsur-unsur makanan tradisi kaum Iranun, kaum Bugis dan masyarakat Peranakan Cina di negara ini.

Pasukan Seni Kulinari KV Keningau Raih 3 Emas Di Pertandingan Inovasi Makanan Antarabangsa
Salah satu sijil kemenangan mereka. Pasukan Seni Kulinari KV Keningau Raih 3 Emas Di Pertandingan Inovasi Makanan Antarabangsa

Pasukan pertama terdiri daripada tiga orang pelajar tahun kedua Seni Kulinari iaitu Thiery Christian Thomas, Carl David dan Nur Hafiz Mahat dengan Ibrahim Samin sebagai guru penasihat mereka. Pasukan ini mempertarungkan makanan berasaskan tradisi komuniti Peranakan Cina iaitu patty burger yang berkonsepkan masakan Nyonya dan dianugerahkan emas atas resipe yang dihasilkan.

Pasukan ini juga telah pernah menjadi johan pertandingan inovasi kebangsaan dalam bidang makanan beberapa bulan yang lepas. Pasukan kedua juga terdiri daripada tiga orang pelajar dari program yang sama tapi kini berada di tahun ketiga iaitu Reisha Qistina Rosli, Lovelina Lim dan Nur Heaziratul Yasik @ Feanddy yang dibimbing oleh guru penasihat mereka iaitu Aleena Ameera Seleh.

Inovasi makanan tradisional bawa kejayaan untuk KV Keningau

Produk makanan yang mereka hasil adalah pes yang berasaskan resipe kaum Bugis iaitu Ayam Liku dan ianya juga berjaya meraih pingat emas. Pasukan yang terakhir telah menggondol pingat emas melalui produk makanan mereka yang diilhamkan daripada makanan tradisi kaum Iranun. Pasukan ini dianggotai oleh tiga orang pelajar tahun ketiga Seni Kulinari iaitu Nadine Adrian, Aquamarie Audeari Fredolin dan Nur Haziqah Mairah Ah Yuk @ Awang beserta dengan guru pembimbing mereka iaitu Siti Yusrina Adnan.

Pengarah kolej itu, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada ketiga-ketiga pasukan dari program Seni Kulinari ini yang telah berjaya merangkul tiga pingat emas dengan tiga inovasi makanan mereka yang bukan sahaja menggunakan konsep teknologi terkini malah memartabatkan tradisi kaum-kaum di negara ini memandangkan produk yang dihasilkan adalah berasaskan makanan tradisional.

Dia berharap agar warga kolej tersebut terus menyemarakkan budaya berinovasi dengan menyerapkan pelbagai unsur seperti unsur budaya, kelestarian dan teknologi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dua Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Komuniti Global
Pelajar KVK Sabah Menang Anugerah Terbaik Mengenai Artikel Anti-Buli
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Cedera Diserang Memerang Semasa Berjoging Di Tanjung Aru Sabah
Next Article UNIMAS Tawar Peluang Untuk Anak Sarawak B40 Lanjut Pengajian Ijazah Sarjana Muda UNIMAS Tawar Peluang Untuk Anak Sarawak B40 Lanjut Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?