• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar KV Keningau Menang Pertandingan Remagine Waste Peringkat ASEAN

Oleh
Farisha
12 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Pelajar KV Keningau Cipta Serunding Sisa Ikan, Menang Pertandingan ASEAN

Pelajar Sabah Menang Pertandingan Remagine Waste Peringkat ASEAN. Danial Jauhari Sidar, pelajar tahun akhir Seni Kulinari Kolej Vokasional (KV) Keningau, telah dipilih menjadi salah seorang daripada dua pemenang pertandingan Reimagine Waste anjuran Catalyst of Change ASEAN yang diumumkan keputusannya pada 5 Mac 2025.

Terdapat dua pemenang iaitu Maria Iorizel O. Tengco daripada negara Filipina dan Malaysia yang diwakili oleh Danial Jauhari. Kedua-dua pemenang mendapat markah yang sama iaitu 88.5% dan pemenang akan memperoleh hadiah bernilai USD 50 yang bersamaan dengan RM 200 lebih.

Pelajar Sabah Menang Pertandingan Remagine Waste Peringkat ASEAN
Pelajar Sabah Menang Pertandingan Remagine Waste Peringkat ASEAN

Serunding Sisa Ikan, Idea Kreatif Danial Jauhari

Danial Jauhari Sidar telah memenangi pertandingan tersebut dengan video produk inovasinya yang merupakan projek tahun akhir dia iaitu serunding yang diperbuat daripada sisa-sisa ikan yang terbuang. Memandangkan sisa ikan selalu menjadi bahan buangan penyediaan makanan yang berbau hanyir dan sering membuatkan sinki dan longkang tersumbat, dia berhasrat untuk membantu menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan sisa ikan sebagai bahan utama resipi serundingnya.

Dia menyedari kewujudan masalah ini berdasarkan pemerhatiannya sendiri di bengkel seni kulinari serta menemubual pekerja dewan makan. Dia menggunakan kemahiran dan pengetahuannya dalam penyediaan makanan termasuk bahan makanan tempatan terkenal iaitu tuhau untuk mencipta serunding yang rangup dan lazat untuk dinikmati oleh semua golongan umur termasuk kanak-kanak.

Inspirasi Keusahawanan Sosial

Pertandingan Reimagine Waste adalah pertandingan yang berfokuskan kepada penggunaan semula bahan buangan. Danial Jauhari yang pernah beberapa kali menyertai pertandingan keusahawanan sebelum ini bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan sosial dengan mencipta resipi makanan daripada sisa proses penyediaan makanan. Dia berharap usahanya ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan mengurangkan pembaziran makanan.

Penghargaan Daripada KV Keningau

Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang, mengucapkan tahniah kepada pelajar ini yang telah berjaya memberi contoh yang baik kepada pelajar-pelajar yang lain agar gigih berusaha untuk mencipta inovasi yang bukan sahaja membuka peluang yang baru tetapi menyelesaikan masalah tertentu.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pelajar KV Keningau Raih Anugerah Penulis Artikel Terbaik Di Majalah Nusantara
Projek Mearpet Pelajar KV Keningau Terima Geran Antarabangsa Sebanyak RM2000
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Program BAIK Bantu Pelajar IPT Sabah Miliki Komputer Riba Untuk Pembelajaran
Next Article Video Tular Penyelam Sabah Pegang Penyu Secara Paksa Demi Bergambar, Cetus Kemarahan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?