• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Projek Mearpet Pelajar KV Keningau Terima Geran Antarabangsa Sebanyak RM2000

Oleh
Nazihah AN
24 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Projek Mearpet: Boneka Terpakai Jadi Alat Pendidikan, Raih Geran Antarabangsa

Projek Mearpet Pelajar KV Keningau Terima Geran Antarabangsa Sebanyak RM2000. Siapa sangka boneka terpakai boleh jadi alat pendidikan yang bukan saja menyeronokkan tetapi juga membantu memelihara alam sekitar?

Inilah yang dilakukan oleh Projek Mearpet, sebuah inisiatif sosial yang diasaskan oleh Nur Hanisah Omar Hashim, pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Kolej Vokasional (KV) Keningau. Projek ini bukan saja menarik perhatian tempatan, malah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Projek Mearpet Pelajar KV Keningau Terima Geran Antarabangsa Sebanyak RM2000
Projek Mearpet Pelajar KV Keningau Terima Geran Antarabangsa Sebanyak RM2000

Dari Pakaian Lama ke Boneka Didik-Hibur

Projek Mearpet yang dimulakan pada penghujung tahun 2022 ini mengubah pakaian terpakai dan patung permainan lama menjadi boneka kreatif untuk tujuan pembelajaran dan hiburan. Dengan pendekatan ini, Hanisah bukan saja membantu meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak melalui seni persembahan, tetapi juga mengurangkan sisa fabrik yang sering dibuang begitu sahaja.

Kejayaan projek ini turut mendapat pengiktirafan global apabila ia berjaya menerima YouthMADE Festival Amplify Grant bernilai USD 500 yang dianugerahkan oleh Digital Promise, sebuah organisasi pendidikan yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Maklumat lanjut mengenai projek ini boleh diakses melalui laman sesawang Digital Promise di sini.

Kenapa Projek Mearpet Dipilih?

YouthMADE Festival Amplify Grant merupakan inisiatif tajaan syarikat teknologi Ciena untuk menyokong projek impak sosial yang diasaskan dan diketuai oleh pelajar. Projek Mearpet berjaya menambat hati penganjur kerana kesannya terhadap pendidikan, pemuliharaan alam sekitar, serta pemeliharaan warisan budaya.

Bukan sekadar alat pembelajaran, boneka dalam Projek Mearpet juga menyampaikan cerita rakyat Sabah, menjadikannya satu usaha penting dalam memelihara budaya pelbagai etnik di negeri ini.

Teater Boneka di KV Keningau

Pada 21 Februari 2025, Hanisah bersama rakan sekelasnya telah mengadakan aktiviti seni persembahan di KV Keningau bersama kanak-kanak dari beberapa prasekolah sekitar Keningau. Acara ini meriah dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan teater, nyanyian, dan penggunaan boneka sarung tangan yang menggamatkan suasana.

Sokongan Pihak Kolej

Pengarah KV Keningau, Lumang Anak Lang, turut melahirkan rasa bangga terhadap usaha Hanisah dan pasukannya. Beliau menekankan bahawa projek ini selari dengan objektif pendidikan kolej vokasional yang mahu melahirkan pelajar yang mampu menggunakan kemahiran mereka untuk memberi impak positif kepada masyarakat serta alam sekitar.

Jelas sekali, Projek Mearpet bukan sekadar projek biasa. Ia adalah bukti bahawa kreativiti dan keprihatinan terhadap persekitaran boleh membawa perubahan besar, bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di persada antarabangsa. Syabas Hanisah dan pasukan!

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kejayaan anak-anak Sabah:

Pelajar Sabah, Hanisah Omar Finalis Global Youth Awards 2024
Dua Pelajar KV Keningau Menang Anugerah Komuniti Global
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tunggakan Pinjaman PTPTN Cecah RM10.85 Bilion, Ketua Audit Negara Cadang Mekanisme Baharu
Next Article Premier Sarawak Sokong Integrasi Perubatan Timur Dan Barat Untuk Rawatan Kanser

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?