• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Sarawak Hilang Kini Dikesan Di London, Siasatan Didakwa Terjerat Tawaran Kerja Palsu

Oleh
Nazihah AN
9 Mei 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelajar Sarawak Hilang Kini Dikesan Di London, Siasatan Didakwa Terjerat Tawaran Kerja Palsu

Pelajar Kolej Muncul Di London, Rakan Masih Belum Dikesan

Pelajar Sarawak Hilang Kini Dikesan Di London, Siasatan Didakwa Terjerat Tawaran Kerja Palsu. Cathlyenn Santa Liong Siu Zhen, seorang pelajar kolej swasta berusia 24 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang, kini disahkan berada di London, England. Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot selepas identiti Cathlyenn dikenalpasti menerusi rakaman CCTV di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sabtu lalu.

Rakaman CCTV Sahkan Perjalanan Ke London

Menurut Supt Parum, Cathlyenn telah menaiki penerbangan dari KLIA ke London dan kelibatnya dirakam sebelum berlepas. Namun begitu, lokasi rakan lelakinya, Muhamad Izzat Asnawai, 21 tahun, masih belum dapat dipastikan.

Mereka dipercayai telah bertolak bersama dari Limbang ke Kuala Lumpur dan kali terakhir dikesan berada di kawasan Horizon Suites, Selangor pada malam Sabtu, sebelum komunikasi dengan keluarga terputus pada jam 10 malam.

Kebimbangan Keluarga & Spekulasi Sindiket Penipuan Pekerjaan

Insiden ini menjadi tular di media sosial apabila keluarga kedua-dua individu membuat laporan polis kerana bimbang mereka menjadi mangsa sindiket penipuan kerja di luar negara.

Ibu Cathlyenn, Christina Sigat, menyuarakan kebimbangan bahawa anaknya mungkin telah terpengaruh dengan ejen pekerjaan tidak sah tanpa pengetahuan keluarga.

“Saya risaukan keselamatan anak saya dan takut dia telah mengikut ejen pekerjaan yang meragukan,” katanya kepada pihak media.

Nasihat Polis: Hati-Hati Dengan Tawaran Gaji Tinggi Di Luar Negara

Dalam pada itu, Supt Parum turut menasihati para belia agar lebih berhati-hati dalam menerima tawaran kerja di luar negara, terutama yang menawarkan gaji yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

“Semak kesahihan ejen pekerjaan terlebih dahulu dengan polis atau agensi berkaitan sebelum membuat keputusan,” katanya.

Kerjasama Antarabangsa Untuk Jejak Lokasi Semasa

Pihak polis kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia di London bagi menjejaki Cathlyenn, serta untuk memastikan keselamatannya.

SUMBER :Utusan Borneo Online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article BAS.MY Kuching Buka Laluan Baharu Dari Saujana Ke Bako
Next Article Galak Pelajar Gunakan Bahasa Ibunda, Tarikh Penyertaan Manangon dan Monusuyan Dilanjutkan Galak Pelajar Gunakan Bahasa Ibunda, Tarikh Penyertaan Manangon dan Monusuyan Dilanjutkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?