• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah

Oleh
ILB - AI
23 September 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM) telah menyatakan bahawa pelajar yang belum divaksinasi dibenarkan bersekolah

Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah. Ia dilaporkan bahawa pelajar yang belum menerima vaksin Covid-19 akan dibenarkan bersekolah apabila sesi persekolahan akan dibuka nanti.

Walau bagaimanapun, ibu bapa kepada para pelajar yang belum divaksin akan dikehendaki untuk menghadiri kaunseling.

Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah
Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah

Setiap pelajar ada hak untuk belajar

Menurut laporan, Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon menyatakan bahawa KPM tidak mempunyai alasan untuk menolak pelajar menghadiri sekolah meskipun mereka belum menerima vaksin Covid-19 kerana setiap pelajar mempunyai hak untuk bersekolah.

Beliau berkata jumlah pelajar yang belum menerima vaksin adalah kecil dan menyatakan ibu bapa kepada para pelajar ini tidak bersedia membiarkan anak-anak mereka menerima suntikan vaksin.

Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah
KKM membenarkan pelajar yang belum divaksin untuk menghadiri sekolah kerana ia adalah hak mereka untuk bersekolah. Kredit: Iluminasi

Namun, golongan ibu bapa ini akan dikehendaki menghadiri kaunseling.

“Kaunseling akan diberikan terutama kepada ibu bapa kerana bukan pelajar yang menolak untuk diberi vaksin tetapi ia adalah ibu bapa yang menolaknya,”

ujarnya lagi.

KPM akan memastikan untuk menyebarkan maklumat mengenai vaksin Covid-19 kepada ibu bapa

Menurut beliau lagi semasa sidang media Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk remaja, KPM telah mengeluarkan arahan kepada semua skeolah di seluruh negara menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk mempercepatkan pengualaran janji temu PICK Remaja bagi memastikan kejayaannya.

Pelbagai pendekatan akan diambil oleh KKM bagi menyebarkan maklumat kepada ibu bapa mengenai perlunya vaksinasi untuk keselamatan mereka serta melindungi anak-anak mereka dari jangkitan Covid-19 yang serius.

Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah
Gambar sekadar hiasan. Kredit: REUTERS

Antara pendekatan yang akan diambil adalah menghantar pelbagai bahan promosi serta risalah untuk membantu ibu bapa menerima maklumat yang betul agar mereka akan bersetuju membenarkan anak-anak mereka menerima vaksin.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Di Borneo, Bunga Bangkai Menyamai Ketinggian Manusia Mulai Mekar Di Gunung Gading Lundu
Next Article AirAsia Umum Pas Tanpa Had Yang Dilancarkan Pada Jun 2020 Masih Sah Digunakan Untuk Penerbangan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?