Sherry Ibrahim capai puncak Kinabalu, namun mungkin ini pendakian gunung Kinabalu pertama dan terakhirnya selepas kekejangan kaki
Pelakon Sherry Ibrahim Kongsi Kejayaan Tawan Gunung Kinabalu. Pelakon Malaysia, Sherry Ibrahim, telah berkongsi kejayaannya mendaki Gunung Kinabalu di media sosial dengan bangga, namun menyatakan bahawa ini akan menjadi pendakian pertama dan terakhirnya selepas mengalami kekejangan kaki semasa turun.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, perjalanan ke puncak bukan sekadar pendakian fizikal semata-mata. Malah, ia merupakan ujian ketahanan, tekad, dan ketabahan, yang mendorong melampaui batas fizikal dan mentalnya.

“Saya bertemu rakan-rakan baharu dan mereka semua kuat dan mengagumkan,” katanya dalam hantarannya.
Beliau menceritakan bahawa mereka tiba di puncak sebelum matahari terbit dan dapat melihat pelangi di sana.
“Saya tidak dapat rasa kaki saya lagi semasa turun,” ujarnya, sambil menyimpulkan bahawa ini akan menjadi pendakian terakhirnya.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata Nnetizen mengucapkan tahniah atas pencapaiannya, bahkan ada yang menggalakkan beliau untuk mencuba pendakian kedua.

