• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Tidak Perlu Kuarantin Lagi, Australia Dan New Zealand Sudah Boleh Rentas Sempadan

Oleh
Ismail NA
19 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Bestnya! Kita bila lagi?

Tidak Perlu Kuarantin Lagi, Australia Dan New Zealand Sudah Boleh Rentas Sempadan. Pada zaman belenggu COVID-19 ini, perjalanan antarabangsa merupakan satu perjalanan yang diimpikan oleh ramai orang. Ini terutamanya bagi individu yang mempunyai ahli keluarga yang telah terpisah lama di luar negara. Tatkala kebanyakan negara masih mengenakan perintah kuarantin wajib untuk kemasukan dari luar negara, rakyat di negara Australia dan New Zealand bersorak gembira apabila perjalanan di antara kedua-dua negara itu dibenarkan tanpa perlu melalui tempoh kuarantin wajib.

Isi Isi Penting
  • Bestnya! Kita bila lagi?
  • Pelancong antarabangsa terbesar New Zealand adalah dari Australia
  • Harapan buat industri penerbangan antarabangsa
  • Baca juga :

Peraturan baharu ini menyaksikan seramai 400 orang penumpang penerbangan seumpamanya merentasi Laut Tasman ini bersorak gembira kerana bakal dipertemukan dengan ahli keluarga masing-masing terus sebaik sahaja keluar dari pesawat.

Momen berharga ini dirakam pada pagi hari Isnin untuk penerbangan dari Sydney, Australia menuju ke New Zealand.

Tidak Perlu Kuarantin Lagi, Australia Dan New Zealand Sudah Boleh Rentas Sempadan
Tidak Perlu Kuarantin Lagi, Australia Dan New Zealand Sudah Boleh Rentas Sempadan

Perkara ini turut mendapat respon daripada Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang menyatakan rasa terharu dengan kejayaan yang dicapai oleh kedua-dua negara dalam membendung pandemik COVID-19.

“Ini merupakan hari penting dan gembira buat kebanyakan keluarga dan sahabat handai,”

Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand

Pelancong antarabangsa terbesar New Zealand adalah dari Australia

Untuk pengetahuan anda, Australia menyumbang kepada jumlah terbesar pelancong antarabangsa di New Zealand pada zaman pra-COVID iaitu sebanyak 1.5 juta ketibaan ataupun 40% daripada jumlah keluruhan pelancong pada tahun 2019.

Pembukaan sempadan antara kedua-dua negara ini mendapat liputan meluas daripada media-media di kedua-dua negara berserta program siaran langsung di kaca televisyen yang melaporkan perkembangan terkini jadual penerbangan.

Sementara itu, di kawasan lapang padang rumput sepanjang landasan Lapangan Terbang Wellington, New Zealand, perkataan ‘WELCOME WHANAU’ (Selamat datang keluarga) dieja dalam huruf besar.

Tidak Perlu Kuarantin Lagi, Australia Dan New Zealand Sudah Boleh Rentas Sempadan

Australia juga merupakan negara yang menempatkan ribuan ekspatriat dari New Zealand. Malah, sebelum tercetusnya pandemik, ramai yang berulang alik di antara kedua-dua negara tersebut menggunakan penerbangan berdurasi 3 jam yang merentasi Laut Tasman.

Harapan buat industri penerbangan antarabangsa

Rakyat di kedua-dua negara menyifatkan pembukaan sempadan atau travel bubble ini membuatkan mereka berasa seperti dunia perlahan-lahan kembali normal. Orang New Zealand boleh pulang ke pangkuan keluarga, orang Australia juga boleh melawat ke New Zealand. Kita akan kembali normal. Namun apa lagi perkara (di masa depan) yang bakal kembali normal, itu saya tidak tahu. Tetapi yang jelasnya hari ini saya sangat gembira, ulasnya lagi.

Tidak Perlu Kuarantin Lagi, Australia Dan New Zealand Sudah Boleh Rentas Sempadan

Suasana di Lapangan Terbang Sydney juga dilaporkan penuh dengan emosi. Kawasan daftar masuk agak sibuk dan penumpang rata-ratanya sudah tidak sabar untuk menaiki pesawat. Pegawai eksekutif Air New Zealand, Greg Foran turut mengatakan bahawa ini adalah momen bersejarah untuk industri pelancongan yang terjejas teruk dalam industri ini.

Malah, situasi ini umpama titik perubahan untuk industri penerbangan.

Seronok kan mereka? Harap kita pun tak lama lagi macam tu. Sama-sama kita doakan.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Semua Sekolah Di Kawasan Zon Merah Sarawak Bakal Ditutup Mulai Esok, Selama 14 Hari
Next Article Pelaksanaan PKP Beri Kesan Buruk Kepada Ekonomi Dan Rakyat – KM Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?