• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan

Oleh
ILB - AI
9 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan

Vaksin COVID-19 fasa pertama akan mula diedarkan mulai bulan ini

Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan. Dilaporkan vaksin Covid-19 fasa pertama akan mula diedarkan kepada sekitar satu juta rakyat Malaysia mulai bulan ini.

Isi Isi Penting
  • Vaksin COVID-19 fasa pertama akan mula diedarkan mulai bulan ini
  • Perlu sekitar setahun untuk mencapai imuniti kawanan
  • Sejumlah 600 pusat vaksinasi akan dibuka
  • Imuniti penting bukan sahaja untuk perlindungan

Digelar Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, ia merupakan salah satu program vaksinasi terbesar di Malaysia.

Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan

Perlu sekitar setahun untuk mencapai imuniti kawanan

Menurut laporan, ia akan memerlukan sekitar satu tahun untuk mencapai imuniti kawanan terhadap Covid-19 menerusi program ini.

Untuk mencapai imuniti kawanan, sekitar 80% penduduk perlu diberi vaksin Covid-19. Penyataan ini dinyatakan oleh Saintis Ts. Dr Ummirul Mukmimin Kahar dari Institut Genom Malaysia, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).

Vaksin Covid-19 dari Pfizer-BioNtech dijangka diterima oleh Malaysia pada akhir Februari dan kakitangan barisan hadapan akan menjadi penerima awal vaksin ini.

Vaksin Covid-19 dari Pfizer-BioNtech

Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan akan berlangsung hingga Februari 2022.

Sejumlah 600 pusat vaksinasi akan dibuka

Dr Ummirul mengatakan bahawa sejumlah 600 pusat vaksinasi akan dibuka di seluruh negara untuk melakukan vaksinasi ini di bawah pelan terbabit.

Pusat vaksinasi ini akan di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hospital, dan universiti.

Beberapa jenis vaksin Covid-19 telah dikenal pasti oleh KKM (menerusi Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional [NPRA]) selain Pfizer-BioNTECH iaitu

  • Astra Zeneca-Oxford
  • Sinovac Biotech
  • Gamaleya Institut Penyelidikan

Imuniti penting bukan sahaja untuk perlindungan

Beliau menambah lagi bahawa ia sangat penting untuk negara mencapai imuniti kawanan kerana ia bukan sahaja untuk melindungi mereka yang telah divaksin tetapi juga orang di sekeliling.

Imuniti kawanan dapat melindungi orang sekeliling.

Imuniti kawanan adalah apabila jangkitan yang ditularkan oleh virus tidak dapat menjangkiti sekumpulan orang. Hal ini kerana kebanyakan anggota masyarakat telah membina imuniti untuk melawan penyakit tersebut.

Imuniti ini boleh melindungi mereka yang berada dalam golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, dan orang yang mempunyai masalah kesihatan dalaman.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peraturan Kuarantin Untuk Menteri Pulang Dari Lawatan Rasmi Dilonggarkan, Kata Dr Adham
Next Article Menjelang Akhir Tahun 2021, 16 Kampung Di Lubok Antu Akan Mendapat Bekalan Elektrik 24 Jam Menjelang Akhir Tahun 2021, 16 Kampung Di Lubok Antu Akan Mendapat Bekalan Elektrik 24 Jam

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?