• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Peraturan Kuarantin Untuk Menteri Pulang Dari Lawatan Rasmi Dilonggarkan, Kata Dr Adham

Oleh
ILB - AI
9 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Dr Adham Baba telah mengeluarkan perintah untuk melonggarkan peraturan kuarantin untuk menteri

Peraturan Kuarantin Untuk Menteri Pulang Dari Lawatan Rasmi Dilonggarkan, Kata Dr Adham. Dilaporkan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba telah mengeluarkan perintah untuk melonggarkan peraturan kuarantin kepada rakan-rakan anggota kabinet yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara.

Perintah terbabit dinamakan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 dan akan berkuatkuasa mulai pada 9 Februari 2021.

Peraturan Kuarantin Untuk Menteri Pulang Dari Lawatan Rasmi Dilonggarkan, Kata Dr Adham

Tempoh kuarantin menteri dikurangkan dari 10 ke 3 hari sahaja

Menurut laporan, perintah tersebut pada dasarnya mengurangkan tempoh kuarantin dari 10 ke 3 hari sahaja.

Dengan pengeluaran perintah terbabit, para anggota kabinet yang kembali dari luar negara atas urusan rasmi akan dikecualikan menjalani SOP tempoh kuarantin 10 hari, disebaliknya hanya menjalani tempoh kuarantin sehingga 3 hari sahaja.

Kredit: The Edge Markets

Perintah berkenaan menyatakan bahawa Menteri (Dr Adham Baba) akan mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi ke luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta (merujuk kepada Akta (342) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Seksyen 15 Akta menyatakan bahawa,

“Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.”

Tidak jelas sekiranya perintah akan dikenakan terhadap Perdana Menteri

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, kembali ke Malaysia pada Jumaat lalu (5 Februari 2021) setelah melakukan lawatan rasmi selama dua hari ke negara jiran iaitu Indonesia.

Perdana Menteri Malaysia telah melakukan perjalanan rasmi ke Indonesia minggu lepas. Kredit: The Star

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein sedang dalam perjalanan rasmi ke Abu Dhabi.

Menteri Luar Negeri kini sedang dalam perjalanan ke Abu Dhabi atas urusan rasmi. Kredit: MCOBA

Ia tidak jelas sekiranya perintah baharu ini akan dikenakan terhadap Perdana Menteri, manakala Hishammuddin Hussein hanya akan menjalani kuarantin selama 3 hari apabila beliau kembali ke Malaysia kelak.

Bagi Perdana Menteri, sekiranya beliau dikenakan perintah terbabit maka beliau akan dibebaskan daripada kuarantin hari ini (pada masa yang sama perintah baharu dikuatkuasakan).

Laporan juga menyatakan bahawa pada Ogos tahun lalu, Khairuddin Aman Razali, iaitu Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, didenda RM1,000 setelah gagal mematuhi peraturan kuarantin setelah kembali dari negara Turki.

Adakah anda merasakan perintah baharu ini tidak adil dan tidak perlu atau sebaliknya? Komen pendapat anda di bawah dan jangan lupa untuk berkongsi artikel ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: 3 Kes Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 84 Kes Positif Baharu
Next Article Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?