• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelancong Korea Selatan Tersangkut Di Atas Pokok Ketika Paragliding Di Sabah

Oleh
Farisha
29 Januari 2024
Kongsi
1 Min Bacaan

Lelaki dari Korea tersangkut di atas pokok ketika paragliding Bukit Kokol, Manggatal

Pelancong Korea Selatan Tersangkut Di Atas Pokok Ketika Paragliding Di Sabah. Seorang pelancong lelaki dari Korea Selatan yang berusia 50-an tahun bernama Cha Woo Sung tersangkut di atas pokok ketika melakukan aktiviti luncur udara atau paragliding di Bukit Kokol, Manggatal Sabah.

Kejadian itu berlaku pada jam 1.30 petang di ketinggian antara 40 hingga 50 meter, semalam. Menurut sumber, mangsa berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba yang menurunkannya menggunakan sistem ‘lowering’.

Pelancong Korea Selatan Tersangkut Di Atas Pokok Ketika Paragliding Di Sabah
Pelancong Korea Selatan Tersangkut Di Atas Pokok Ketika Paragliding Di Sabah. Gambar paragliding bukit kokol. Sumber foto: MySabah

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi menjelaskan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.51 petang.

Hilang kawalan lalu tersangkut atas pokok, namun beliau selamat

Menurut laporan, mangsa telah hilang kawalan semasa melakukan aktiviti luncur udara lalu tersangkut di atas pokok setinggi 40 ke 50 meter.

Pasukan bomba dengan pantas tiba di lokasi bersama pemanggil kira-kira satu kilometer dari kawasan kejadian untuk memulakan operasi menyelamat.

Pasukan bomba mengambil masa selama 40 minit untuk menurunkan mangsa dengan selamat.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Ini 3 Destinasi Paragliding Wajib Cuba Di Sabah
Nikmati Percutian Santai Di Kokol Farmstay, Destinasi Terbaik Untuk Lihat Sunset Gunung Kinabalu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Orang Awam Terkejut Temui Rangka Manusia Dengan Kesan Terbakar Di Sabah Orang Awam Terkejut Temui Rangka Manusia Dengan Kesan Terbakar Di Sabah
Next Article Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti Terokai Keindahan Laut Miri Dengan Snorkeling Di Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?