Ramai kagum lihat semangat semua yang berada di restoran itu
Meriah SugarBun Sarikei, Semua Pelanggan Turut Serta Nyanyikan Lagu Hari Jadi Buat Uncle Cina Ini. Terkenal dengan perpaduan dan keharmonian, Sarawak sememangnya popular dengan kisah-kisah yang telah berjaya membuat ramai berasa kagum!
Baru-baru ini di salah sebuah restoran legend kegemaran ramai di Sarikei, SugarBun, tular sebuah video di TikTok merakamkan situasi di mana seorang ‘uncle’ berbangsa Cina meraikan hari jadinya di restoran berkenaan.

Tidak mengira bangsa semuanya bersemangat menyanyi
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila semua pelanggan di restoran berkenaan tidak mengira bangsa semuanya bersemangat menyanyikan lagu hari jadi buat uncle berkenaan!
Ramai yang berasa kagum dengan situasi berkenaan dan ada juga yang mengatakan bahawa perkara ini mencerminkan keharmonian di Sarawak.

Di ruangan komen, rata-ratanya netizen berasa kagum dan terharu serta memuji semangat semua yang berada di restoran itu.
Marilah kita sama-sama menjadikan kisah ini sebagai contoh buat diri kita untuk sentiasa mengekalkan keharmonian untuk negara.

