• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bill Gates Jatuh Cinta Dengan Rasa Mentega Pertama Dunia Diperbuat Dari Gas Oleh Shell MDS Di Bintulu

Oleh
Husna Hazmi
21 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Bill gates akui jatuh cinta dengan mentega oleh Shell MDS Di Bintulu

Bill Gates Jatuh Cinta Dengan Rasa Mentega Pertama Dunia Diperbuat Dari Gas Oleh Shell MDS Di Bintulu. Dipetik dari MalayMail, usahawan Amerika Syarikat, Bill Gates baru-baru ini telah memuji keenakan mentega pertama dunia yang diperbuat daripada gas.

Bekas CEO Microsoft itu juga ada menjelaskan di dalam artikel berjudul _“Greasy – and good for the planet”, mengapa beliau membuat pelaburan besar terhadap idea baru ini.

Bill Gates Jatuh Cinta Dengan Rasa Mentega Pertama Dunia Diperbuat Dari Gas Oleh Shell MDS Di Bintulu
Bill Gates Jatuh Cinta Dengan Rasa Mentega Pertama Dunia Diperbuat Dari Gas Oleh Shell MDS Di Bintulu. Gambar tangkap layar dari Youtube Gates Notes

Inovasi mentega diperbuat daripada gas

Inovasi mentega diperbuat daripada gas ini telah dihasilkan oleh Shell Middle Distillate Synthesis (MDS) di Bintulu, Sarawak.

Pengerusi Shell Malaysia dan Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia, Siti Sulaiman, berkata bahawa Shell akan terus bekerjasama dengan pakar industri dan syarikat permulaan untuk mengatasi batasan inovasi, termasuk aplikasi bukan konvensional dalam industri makanan demi memberi manfaat buat jejak karbon.

Bill Gates Jatuh Cinta Dengan Rasa Mentega Pertama Dunia Diperbuat Dari Gas Oleh Shell MDS Di Bintulu
Gambar tangkap layar dari Youtube Gates Notes

Gates juga ada berkata bahawa bahan rahsia untuk membuat cheeseburger yang lazat (makanan kegemarannya) adalah lemak haiwan. “Kita memerlukan cara baru untuk menghasilkan molekul lemak yang sama seperti dalam produk haiwan, tetapi tanpa pelepasan gas rumah hijau, penderitaan haiwan, atau bahan kimia berbahaya. Dan ia mesti mampu dimiliki oleh semua orang.”

“Idea untuk beralih kepada lemak dan minyak buatan makmal mungkin kelihatan aneh pada mulanya. Tetapi potensinya untuk mengurangkan jejak karbon adalah besar. Dengan memanfaatkan teknologi dan proses yang terbukti, kita adalah selangkah lebih dekat untuk mencapai matlamat iklim”, tambah Gates lagi.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Boleh Menghasilkan Mentega Bebas Tenusu, Kenali Buah Engkabang Yang Hanya Tumbuh Setiap 5 Tahun Di Sarawak
Jadi Kegemaran Penduduk Di Sarawak, Kenali Buah Terung Dayak Yang Unik Ini

SUMBER :MalayMail
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Meriah SugarBun Sarikei, Semua Pelanggan Turut Serta Nyanyikan Lagu Hari Jadi Buat Uncle Cina Ini
Next Article Lewat Bina Sekolah Baharu, SMK Sebuyau Terpaksa Belajar Di Khemah Lewat Bina Sekolah Baharu, SMK Sebuyau Terpaksa Belajar Di Khemah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?