I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Notification Show More
Latest News
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
16 Mei 2022
BeFunky collage 2021 05 04T151006.625 Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
16 Mei 2022
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri
16 Mei 2022
tuaran 7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
7 Hidden Gems Menarik Yang Anda Mesti Pergi Di Tuaran
16 Mei 2022
Kafe Tersembunyi Di Santubong Ini Bagi Anda Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
Hidden Cafe Di Santubong Ini Tawar Pengalaman Makan Sambil Melihat View Indah
16 Mei 2022
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Contact
  • Blog
  • Complaint
  • Advertise
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta

Kedung BK
Oleh Kedung BK
Dikirim pada 18/02/22 10:06 AM
Kongsi
10 Min Bacaan
Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Kongsi
Sponsored

Lebih baik mencegah daripada mengubati

Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta. Membeli kereta adalah pengalaman yang indah setelah menabung sekian lama untuk memilikinya. Untuk mendapatkan kereta, anda perlu pergi ke pengedar kenderaan untuk menguruskan semua pemprosesan, tetapi kini terdapat ejen yang boleh membantu pemprosesan untuk menjimatkan kerumitan anda pergi ke kedai.

Malangnya, disebabkan ini, sebilangan individu jahat cuba mengambil kesempatan dengan menipu pelanggan mereka dan akhirnya, pelanggan kehilangan bukan sahaja wang mereka tetapi juga kereta mereka tidak dihantar kepada mereka.

Sponsored

Nampaknya perkara ini telah berlaku beberapa kali dan mereka yang mengalami pengalaman ini sudah tentu telah belajar dari kesilapan mereka. Jika anda berminat untuk membeli kereta tetapi tidak pasti bagaimana prosesnya, anda boleh baca artikel ini agar anda tidak menjadi mangsa penipuan sedemikian.

istockphoto 1174609564 640x640 1 Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta

Bagaimana scammer beroperasi

Untuk mengetahui bagaimana anda sedang ditipu oleh ‘ejen’ palsu, perkara yang anda perlu ketahui adalah anda sepatutnya tidak perlu memberi duit berkali-kali. Malah, anda hanya perlu membayar RM100 sahaja untuk yuran tempahan (booking fee).

Sponsored

Oleh itu, jika anda diminta oleh ‘ejen’ berkenaan untuk membayar lebih selepas anda membayar yuran tempahan, jangan sesekali mengeluarkan duit lagi. Biarpun ‘ejen’ tersebut mengatakan bahawa duit itu adalah untuk ‘deposit’, ‘down payment’ atau alasan lain, ejen tidak mempunyai hak untuk meminta lebih daripada yuran tempahan. Malah, anda sepatutnya tidak perlu mengeluarkan duit tambahan jika kereta anda belum disahkan (confirmed). Oleh itu, jika anda belum confirm dapatkan kereta itu (walaupun sudah membayar yuran tempahan), anda tidak perlu mengeluarkan duit lagi.

Jika anda diminta untuk membayar booking fee anda oleh ejen berkenaan, pastikan nama akaun bank penerima bukan nama peribadi penjual kereta / ejen atau nama syarikat peribadi penjual / ejen.

Sponsored
1140 online banking laptop Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Gambar sekadar hiasan. Kredit foto: AARP

Untuk mengetahui sama ada syarikat yang dinamakan di hujung penerimaan transaksi dalam talian adalah sah, sila Google dan selidik tentang syarikat tersebut. Jika anda melihat bahawa syarikat itu kelihatan tidak sah dan tidak mempunyai sebarang bukti kelayakan dalam talian, elakkan daripada membuat sebarang urusan dengan mereka.

Anda boleh juga cari dalam Facebook atau mana-mana media sosial tentang nama penjual / ejen / syarikat berkenaan dan mengetahui tentang sejarah penjualan mereka. Adakah sebelum ini mereka pernah menipu pelanggan? Adakah syarikat tersebut betul-betul wujud? Adakah mereka penjual yang boleh dipercayai? Perkara ini anda sebagai pelanggan perlu berusaha untuk menyelidik.

Sponsored
Google Video Search 770x360 1 Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Pastikan anda selidik latar belakang penjual kereta dahulu sebelum melakukan apa-apa urusan dengan mereka.

Sekiranya pemohonan anda tidak lulus kerana anda disenarai hitam, mempunyai komitmen tinggi, atau gaji anda tidak cukup, jangan terpedaya jika mereka mengatakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan. Kebiasaannya, ini adalah taktik untuk memperdayakan anda bagi mengeluarkan duit lagi bagi ‘menyelesaikan’ masalah tersebut.

Ingat, jika pemohonan anda tidak lulus, terima lah hakikat dan cuba lagi lain kali apabila masalah yang dialami sudah diselesaikan. Biar rugi sikit daripada bayar beribu ringgit.

Sponsored

Sebaik mungkin, ia adalah lebih baik untuk anda membuat segala urusan pembelian kereta secara terus dengan pengedar kenderaan atau ejen yang anda sendiri tahu tentang sejarah jualan mereka dan jika mereka boleh dipercayai. Jangan sesekali membuat urusan anda dengan sesiapa yang anda tidak kenali secara peribadi, walaupun mereka mendakwa diri sebagai ejen atau runner.

Proses pembelian kereta

Sekarang anda sudah tahu basic tentang apa yang perlu diketahui ketika berurusan dengan ejen, kini anda perlu ketahui tentang bagaimana sebenarnya proses pembelian kereta.

Sponsored

Katakan anda telah membuat deal dengan seorang jurujual di pengedar kereta dan anda telah memutuskan untuk membeli kereta, anda akan dikehendaki membayar yuran tempahan dan mengemukakan pinjaman kereta anda. Seperti yang dinyatakan di atas, jumlah yang diperlukan untuk membayar yuran tempahan adalah hanya RM100 dan pastikan sebaik sahaja anda membuat pembayaran anda, minta resit asal daripada peniaga. Pastikan resit tersebut adalah resit asal daripada peniaga (dicetak, siap dengan cop dan maklumat lain tentang syarikat itu) dan bukan resit yang tertulis.

Honda ADV150 Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Contoh resit booking fee yang dicetak. Resit ini adalah untuk tempahan motosikal. Kredit foto: Moto Malaya

Sebagai peringatan, pastikan nama akaun bank yang akan menerima yuran tempahan adalah nama syarikat jurujual itu dan bukan syarikat peribadi / nama peribadi penjual tersebut.

Sponsored

Setelah anda selesai membayar yuran tempahan, anda akan dikehendaki untuk mengemukakan beberapa dokumen kepada penjual bagi dihantar kepada bank untuk memohon pinjaman. Dokumen yang akan diminta adalah transaksi bank, slip gaji anda 3 bulan, dan penyata KWSP anda. Pastikan anda memberi dokumen anda dalam bentuk PDF atau dicetak jika ia diminta dalam bentuk salinan keras.

Kemudian, bank akan menghubungi anda untuk mengesahkan jika anda telah memohon pinjaman. Bergantung pada berapa lama masa yang diperlukan untuk memproses dan berapa lama kereta akan available, anda berkemungkinan besar perlu menunggu agak lama. Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan, ia bergantung kepada nasib juga – jika anda bernasib baik, anda boleh selesaikan urusan anda dalam beberapa minggu sahaja, jika tidak, anda perlu tunggu beberapa bulan.

Sponsored
maybank.jpg 1531991842 Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Pihak bank akan menghubungi anda untuk mendapatkan pengesahan jika anda telah memohon pinjaman. Kredit foto: NST

Ini sebabnya yuran tempahan memainkan peranan yang besar – lebih awal anda menempah kereta anda, lebih tinggi peluang untuk anda mendapatkan kereta anda lebih awal.

Jadi… apa seterusnya?

Andai kata anda sudah ketahui berapa jumlah yang perlu dibayar untuk downpayment (yang akan dimaklumkan oleh bank yang meluluskan pinjaman anda [selalunya ini adalah untuk mereka yang tidak mengambil pinjaman penuh]), dan anda sudah diluluskan pinjaman, kini anda boleh pergi ke bank untuk menandatangani agreement form.

Sponsored

Agreement form ini adalah untuk mengesahkan pinjaman anda untuk kereta anda. Pastikan maklumat adalah betul dan anda digalakkan untuk bertanya kepada pihak bank tentang kadar bunga pinjaman. Tidak semestinya kali ini anda boleh setuju; jika anda merasai kadar bunga terlalu tinggi, anda ada pilihan untuk meminta ejen anda bagi mencari bank lain yang menawarkan kadar bunga yang rendah. Ya lah, kita pun tak nak menyusahkan diri bayar bulanan terlalu mahal kalau rasa ada pilihan murah sedikit, kan?

ack signature resized Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Gambar sekadar hiasan.

Apabila anda sudah menandatangani surat agreement, anda akan diberi sekeping surat yang digelar Letter of Agreement (LOU) oleh ejen anda. Dalam surat itu, anda akan lihat ayat ‘handling fees’ yang kebiasaannya bernilai RM600. Handling fees ini adalah bayaran daripada bank kepada dealer anda jadi anda tidak diperlukan untuk membayar yuran ini kepada dealer anda.

Sponsored
120086514 728408561081296 5726487362211478986 n Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Contoh LOU yang mengandungi handling fee. Nilai ini tidak perlu dibayar oleh anda. Kredit foto: Facebook

Berbalik kepada downpayment, ini selalunya akan diminta jika pemohon tidak memohon pinjaman penuh. Downpayment akan diminta jika kenderaan anda sudah siap untuk diambil dan hanya akan diminta apabila kereta anda sudah tersedia.

Setelah anda membayar downpayment, pastikan anda mendapatkan resit rasmi daripada car dealer anda.

Sponsored

Yang terakhir, apabila tiba masanya untuk mengambil kunci kenderaan anda, anda tidak diperlukan untuk membayar apa-apa lagi yuran. Hal ini kerana semua urusan pembayaran sudah diselesaikan semasa pembayaran yuran tempahan dan downpayment. Anda cuma pergi ke kedai untuk mengambil kenderaan anda sahaja.

Sekiranya anda didesak untuk membawa jumlah wang tertentu (dengan alasan bahawa anda dikehendaki untuk membayar ‘insurans’, ‘road tax’, dll.), jangan sesekali bayar. Sekali lagi untuk peringatan, semua urusan dan pembayaran sudah diselesaikan dari yuran tempahan sehingga ke downpayment.

Sponsored
handshake of car buyer and salesman who is handing over the keys Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Gambar sekadar hiasan.

Jika anda tidak diberi kunci kenderaan baharu anda kerana tidak mahu membayar jumlah tersebut, anda hanya ada satu sahaja cara untuk mendapatkan kereta anda iaitu melalui laporan polis – inilah kepentingannya simpan segala resit dan dokumen daripada pihak bank dan pengedar kenderaan sebagai bukti.

Oleh itu, ia adalah lebih baik untuk membuat urusan pembelian kereta anda daripada car dealer terus atau dengan ejen yang dipercayai.

Sponsored

Elak menjadi mangsa penipuan

Walaupun terdapat penipu yang menipu orang tentang urusan kereta mereka, masih ada mereka di luar sana yang melakukan kerja mereka dengan jujur. Namun, akibat segelintir yang mengambil kesempatan terhadap mereka yang kurang pengetahuan tentang cara pembelian kereta yang betul, semakin lama semakin hilang kepercayaan bakal pelanggan terhadap ejen lain yang membuat kerja jujur. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Sebagai peringatan, apabila tiba masanya untuk anda membeli kereta pertama anda, lakukan urusan anda di pengedar kereta rasmi dan pergi ke bilik pameran mereka untuk urusan lanjut. Buatlah pilihan yang bijak dan elak menjadi mangsa penipuan!

Sponsored
maxresdefault 3 Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta
Buat pilihan yang bijak dan urusan anda akan dipermudahkan! Kredit foto: YouTube

Lagi di sini:

Sponsored
Kedung BK 18 Februari 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Bakar Diri Gara Gara Kecewa Bekas Teman Wanita Jumpa Kekasih Baharu Lelaki Ini Bakar Diri Gara-Gara Kecewa Bekas Teman Wanita Jumpa Kekasih Baharu Lelaki Ini Bakar Diri Gara-Gara Kecewa Bekas Teman Wanita Jumpa Kekasih Baharu
Next Article Kontak Rapat Kini Tidak Perlu Jalani Kuarantin Fasa Pertama Dimulakan Dengan Sektor Kesihatan Kontak Rapat Kini Tidak Perlu Jalani Kuarantin, Fasa Pertama Dimulakan Dengan Sektor Kesihatan Kontak Rapat Kini Tidak Perlu Jalani Kuarantin, Fasa Pertama Dimulakan Dengan Sektor Kesihatan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

BeFunky collage 46 Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
BeFunky collage 48 5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage473 FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
FIRESTARTER, Kem 2 Minggu Berasaskan Cabaran Dan Gamifikasi Maya Untuk Mencipta Inovasi Sosial
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village
BeFunky collage 2021 10 13T131912.652 Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Panggilan Untuk Usahawan Sarawak! Sertai Program Sarawak Shell LiveWIRE Untuk Meraih Geran Bernilai RM 15K
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang
Cerita Borneo

Aktiviti Berkelah Bersama Keluarga Bertukar Tragedi, 2 Beradik Lemas Di Sungai Rayu Matang

16 Mei 2022
BeFunky collage 2021 05 04T151006.625 Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun
Cerita Borneo

Kenali Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung-Borneo Yang Hanya Beroperasi Selama 4 tahun

16 Mei 2022
Popular Di Media Sosial, Siapa Sangka Cosplayer Ini Rupa-Rupanya Berasal Dari Miri
Cerita Borneo

Popular Di Media Sosial, Rupa-Rupanya Hakken Berasal Dari Miri

16 Mei 2022
Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat
Cerita Borneo

Ingin Mengikut Kejayaan Norway, Kerajaan Sarawak Mahu Menubuhkan Dana Berdaulat

15 Mei 2022

Ikuti Kami Di Media Sosial

Terus berhubung dengan kami melalui media sosial

Kategori

  • Cerita Borneo
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • #innovatesarawak

Polisi

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat

Hubungi kami

Pengiklanan & advertorial berbayar : [email protected]

Isu berkaitan konten :
[email protected]

 

 

Follow US

A Part Of Borneo Digital

Removed from reading list

Undo
AdBlock Detected
Our site is an advertising supported site. Please whitelist to support our site.
Okay, I'll Whitelist
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?