• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pembukaan Borneo Fresh Pork Buat Pemanggangan Babi Tengah Pasar Di Bintangor, Undang Kritikan Netizen

Oleh
ILB - AI
8 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Rasmi pembukaan Borneo Fresh Pork di Bintangor, ada panggang babi tengah pasar

Pembukaan Borneo Fresh Pork Buat Pemanggangan Babi Tengah Pasar Di Bintangor, Undang Kritikan Netizen. Pada hari ini, pekan Bintangor meriah dengan perasmian pembukaan premis perniagaan baru iaitu Borneo Fresh Pork. Sememangnya ini adalah satu usaha yang murni untuk memeriahkan ekonomi di Bintangor.

Namun, perasmian pembukaan premis tersebut hari ini telah menimbulkan isu dalam kalangan penduduk di sekitar pekan Bintangor apabila majlis pembukaan premis perniagaan tersebut mengadakan aktiviti pemanggangan daging babi di tengah pasar Bintangor.

Pembukaan Borneo Fresh Pork Buat Pemanggangan Babi Tengah Pasar Di Bintangor, Undang Kritikan Netizen
Pembukaan Borneo Fresh Pork Buat Pemanggangan Babi Tengah Pasar Di Bintangor, Undang Kritikan Netizen. Sumber gambar: FB Qalam Iko

Undang kritikan daripada netizen, kurang peka dengan sensitiviti dan ganggu lalu lintas

Perkongsian daripada akaun Facebook Qalam Iko tentang kejadian yang berlaku semasa perasmian premis tersebut mengundang kritikan segelintir netizen.

Menurut perkongsian Qalam, aktiviti pemanggangan daging babi ditengah pasar tersebut sebenar kelihatan mengganggu lalu lintas di pekan Bintangor. Oleh itu, beliau berinisiatif untuk pergi ke tapak perasmian untuk mengetahui dan menyelesaikan hal ini dengan pemilik premis.

Pembukaan Borneo Fresh Pork Buat Pemanggangan Babi Tengah Pasar Di Bintangor, Undang Kritikan Netizen
Pembukaan Borneo Fresh Pork Buat Pemanggangan Babi Tengah Pasar Di Bintangor, Undang Kritikan Netizen. Sumber gambar: FB Qalam Iko

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen juga memberi respon tentang isu ini kerana mereka beranggapan bahawa pemilik premis seolah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat di pekan Bintangor yang berbilang kaum serta mengundang ketidakselesaan terutamanya untuk masyarakat Melayu disekitar kawasan tersebut.

Tetapi, menurut Qalam juga, isu ini sudah reda kerana difahamkan kedatangan beliau di majlis tersebut untuk mengetahui permasalahan dan menyelesaikan dengan cara baik telah diterima baik oleh pemilik premis tersebut.

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada pemilik premis atas kejayaan pembukaan premis perniagaan beliau ini.

Pembukaan Borneo Fresh Pork Buat Pemanggangan Babi Tengah Pasar Di Bintangor, Undang Kritikan Netizen
Pembukaan Borneo Fresh Pork Buat Pemanggangan Babi Tengah Pasar Di Bintangor, Undang Kritikan Netizen. Sumber gambar: FB Qalam Iko

Semoga isu seperti ini tidak akan terulang di kemudian hari dan ambil pengajaran juga daripada isu ini lebih-lebih lagi kita hidup dalam kalangan masyarakat yang majmuk ini.

Boleh baca artikel yang berikut untuk mengetahui tempat yang menarik:

Dapatkan Aiskrim Import Yang Lazat Di Fruit And Vegetable Station Kuching
Luang Masa Hujung Minggu, 5 Tempat Dating Di Kuching Yang Anda Wajib Singgah
SUMBER :FB Qalam Iko
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pasti Menjadi, Ini Resepi Mi Belacan Istimewa Yang Anda Boleh Cuba
Next Article Panggung Wayang ‘Outdoor’ Pertama Di Kuching, Tayangan Bermula 9 Oktober Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?