• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh

Oleh
ILB - AI
11 Julai 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Semata-mata sebab tak mahu berkomplot dengan agenda seks mereka.

Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh. Beberapa hari sebelum hari raya AidilAdha yang lalu, netizen dikejutkan dengan berita tentang seorang wanita yang menanggalkan pakaian sopannya serta tudung selepas mengakui bahawa dirinya seorang Muslim dan telah menghafaz 15 juzuk Al-Quran di sebuah kelab komedi di ibu kota Kuala Lumpur.

Isi Isi Penting
  • Semata-mata sebab tak mahu berkomplot dengan agenda seks mereka.
  • Agenda utama terbongkar
  • Ditolak, memutar belit dan ugutan bunuh!
  • #SolidaritywithCrackhouseKL

Susulan isu tersebut, muncul satu rajutan di laman Twitter yang menceritakan tentang perangai sebenar pasangan kepada wanita terbabit yang rupanya selalu menimbulkan kekecohan di bar dan kelab yang menawarkan platform berkarya sekitar Kuala Lumpur.

Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh
Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh. Sumber: Twitter @merdekarya

Bar dan platform bebas untuk pemuzik di KL, Merdekarya melalui Twitternya menceritakan tentang seorang lelaki bernama Alex Chandra yang dipercayai pasangan kepada Amy, wanita yang menghina Islam di kelab komedi.

Dalam rajutan tersebut, Brian selaku pemilik bar Merdekarya telah mendedahkan tentang agenda sebenar pasangan terbabit pergi ke tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan “open-mic”.

Menurut Brian, Alex merupakan pelanggan tetap di Merdekarya sekitar tahun 2015. Namun demikian, lelaki berkenaan sering menimbulkan permasalahan terutamanya kepada pelanggan wanita. Kemuncaknya adalah apabila abang kepada salah seorang mangsa Alex hampir menyerang lelaki berkenaan kerana perbuatannya. Hal ini tidak diperbesarkan apabila Alex memilih untuk tidak pergi ke Merdekarya lagi.

Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh
Sumber: Twitter @merdekarya

Agenda utama terbongkar

Namun, sebulan kemudian, Alex dan pasangannya, Amy bercadang untuk membuat bengkel seks dengan penampilan khas kumpulan Alleycats di acara mereka. Kali ini, mereka ingin menjadikan Merdekarya sebagai lokasi acara.

Walau bagaimanapun, cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh pengurusan Merdekarya kerana mereka adalah sebuah lokasi untuk liveband akar umbi dan bukannya untuk acara seks berkumpulan. Tambahan pula, mereka masih waras untuk tidak menerima klien yang ingin mengadakan acara seumpama itu.

Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh
Sumber: Twitter @merdekarya

Ditolak, memutar belit dan ugutan bunuh!

Maka, muncullah permasalahan yang pertama selepas permintaan mereka untuk menggunakan pentas Merdekarya sebagai platform menyebarkan agenda seks mereka ditolak. Staff Merdekarya mengadu bahawa mereka berdua hilang tanpa membayar apa-apa nilai bil setelah ‘lepak’ di bar tersebut.

Menurut Brian lagi, setelah beliau membuat tuntutan kepada pasangan ini, pasangan ini memuat naik pula status ‘play victim’ dan memutar belit cerita.

Dia mula-mula nafi tak bayar bil, dan acah-acah terhina dengan tuduhan kami. Tapi lepastu dia muatnaik kat instagram yang dia sengaja tak bayar bil sebab kitorang ni kejam tanak bayar Alleycats buat show kat Merdekarya. pic.twitter.com/Y8pEKLrkFF

— Merdekarya (@merdekarya) July 10, 2022

Menerusi status itu, Alex menuduh Merdekarya tidak mahu membuat apa-apa pembayaran kepada pihak Alleycat manakala Amy pula menuduh bahawa dia mendapat makanan percuma kerana pelayan bar tersebut sedang dalam keadaan mabuk dan memberitahunya bahawa makanan yang dihidangkan adalah percuma.

Disebabkan insiden ini, pasangan kepada Amy ini telah membuat kekecohan dengan meminta pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam Islam Selangor, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan lain lagi untuk membuat siasatan terhadap Merdekarya kerana memperdaya orang Islam untuk memakan khinzir.

Malah, Amy turut ‘menyimbah minyak’ dengan mengatakan bahawa dirinya telah termakan daging khinzir.

Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh
Sumber: Twitter @merdekarya

Menjawab tuduhan tersebut, Merdekarya melalui rajutannya menjelaskan lanjut bahawa bar milik mereka sudah terang-terangan mempamerkan menu berasaskan daging khinzir dan tidak timbul masalah menipu umat Islam.

Sudah jelas nama bar kami dinamakan dengan Bar B dan di dalam menu turut menyatakan dengan jelas. Nak siasat apa lagi?!

Merdekarya via Twitter
Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh
Sumber: Twitter @merdekarya

Lebih dahsyat, Merdekarya dan pelanggannya telah menerima ugutan bunuh daripada Alex. Bukan sekali tetapi berkali-kali selama 5 hari berturut-turut. Setelah laporan polis dibuat, Alex telah ditahan pihak polis, namun dibebaskan dengan kompaun RM100 setelah mengaku bersalah di mahkamah.

Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh
Sumber gambar: Twitter Merdekarya

#SolidaritywithCrackhouseKL

Merdekarya memberitahu bahawa rajutan ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa Amy serta pasangannya bukanlah pelawak sebenar. Sebaliknya, mereka telah menyalahgunakan pentas seni bebas seperti ‘open mic’ untuk kepentingan seks bebas mereka.

Di akhir rajutan ini juga, Merdekarya juga menegaskan tentang kepentingan pentas ‘open mic’ untuk mencungkil bakat-bakat seni baharu serta menyeru pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menarik balik penggantungan lesen kelab komedi tersebut.

Pemilik Bar Dedah Pasangan Wanita Hina Islam Pernah Hantar Ugutan Bunuh
Sumber: Twitter @merdekarya

Baca di sini jika anda ketinggalan isu wanita hina Islam sampai buka baju dan tudung di kelab komedi tempoh hari:

Berbeza pula dengan pelawak senyap ini, beliau masih mengamalkan cara hidup Muslim sebenar dan menghafaz seluruh Al-Quran meskipun memiliki pengikut TikTok paling ramai di dunia:

SUMBER :Twitter @merdekarya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Sebab Mengapa Anda Mesti Pergi Ke Borneo Cultural Festival 2022 Di Sibu
Next Article Amaran Cuaca Buruk Dan Ribut Petir Di Sabah Sarawak Sehingga 13 Julai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?