• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul

Oleh
ILB - AI
4 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

‘King’ Myvi buat hal lagi, kali ini tayar kena clamp

Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul. Selalunya jika masuk ke tempat parkir di pusat beli belah pasti akan ada dua tiga buah kereta yang kena clamp disebabkan parkir sesuka tanpa menggunakan ruang yang disediakan.

Namun, tragedi aneh yang menimpa lelaki ini bagaikan tiada pangkal apabila tayar kereta Myvi miliknya ini kena clamp walaupun sudah diletakkan di ruangan yang betul.

Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul
Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul

Menerusi video yang berdurasi 41 saat itu, lelaki tersebut menjelaskan dia telah meletakkan keretanya di kawasan parkir dalam pusat beli belah.

Apabila hendak pulang ke kereta, dia mendapati tayar kereta kena clamp dan terdapat sekeping notis denda bayaran sejumlah RM100 untuk membuka clamp tersebut.

Katanya lagi, tiada apa-apa notis ataupun tanda yang mengatakan tidak boleh meletakkan kenderaan di ruangan tersebut.

https://www.facebook.com/watch/?v=853416058888554
Perkongsian video kereta myvi kena clamp dalam pusat beli-belah. Kredit: FB Mia Saripah

Apa yang menghairankan lagi ialah keretanya itu tidak menghalang mana-mana laluan kenderaan lain yang berada di situ dan boleh beransur keluar tanpa menyusahkan sesiapa pun.

Perkongsian video tersebut meraih perhatian netizen dan menimbulkan tanda tanya apa sebenarnya punca kenderaan lelaki itu kena clamp.

Jadi tanda tanya sehingga netizen garu kepala

Namun ada netizen yang mendakwa punca kereta lelaki itu kena clamp berkemungkinan kunci keretanya tertinggal. Jadi pihak security bantu clamp tayar untuk elak kecurian.

Tapi takkan denda RM100 kalau nak bantu kan 😂

Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul
Kredit: FB Mia Saripah
Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul
Kredit: FB Mia Saripah
Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul
Kredit: FB Mia Saripah
Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul
Kredit: FB Mia Saripah

Apa-apa pun belum ada jawapan dari pemilik video apa penyebab keretanya kena clamp dan rata-rata netizen mahukan video penjelasan bersama pihak pengurusan pusat beli-belah itu supaya tidak menjadi tanda tanya lagi.

Pemilik Myvi Ini Hairan Kereta Kena Clamp Walaupun Parkir Di Tempat Betul
Gambar Hiasan

Jadi, berhati-hati sewaktu meletakkan kenderaan tidak kira sama ada di pusat beli-belah ataupun di ruangan letak kenderaan awam. Mana-mana tempat pasti ada peraturan, terpulang kepada kita untuk patuh ataupun tidak.

Wah, cantiknya! Bandar Sri Aman ada mural warna-warni. Jom baca di sini:

Mural Warna Warni Penghias Terbaru Wajah Bandar Sri Aman
https://www.iloveborneo.my/5-port-cun-mural-untuk-anda-bergambar-di-kuching/
SUMBER :FB Mia Saripah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Guna Motorsikal Tak Berlampu, Abang Maut Bertembung Adik Sendiri Di Padawan
Next Article Wajah Mirip Seperti Ayah, Anak Mangsa MH370 Nafi Dakwaan Teori Yang Tular

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?