• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiba-Tiba Runtuh, Penari Tarian Singa Jatuh Dalam Lubang Semasa Persembahan CNY Di Sabah

Oleh
Farisha
6 Februari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Persembahan meriah bertukar cemas

Tiba-Tiba Runtuh, Penari Tarian Singa Jatuh Dalam Lubang Semasa Persembahan CNY Di Sabah. Suasana meriah sambutan Tahun Baharu Cina bertukar cemas apabila lantai kaki lima di Jalan Bunga tiba-tiba runtuh, menyebabkan tiga penari tarian singa terjatuh ke dalam lubang hampir satu meter dalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi semalam, mengejutkan orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan tradisional tersebut. Mujurlah, para penari segera diselamatkan oleh rakan sepasukan mereka, dan tiada kecederaan serius dilaporkan.

Tiba-Tiba Runtuh, Penari Tarian Singa Jatuh Dalam Lubang Semasa Persembahan CNY Di Sabah
Tiba-Tiba Runtuh, Penari Tarian Singa Jatuh Dalam Lubang Semasa Persembahan CNY Di Sabah. Sumber foto: Johardy Indan

Masalah lantai tersebut sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa, namun tiada tindakan diambil

Seorang penduduk tempatan, Rayner Ebi, 45, yang juga pegawai pusat khidmat Ahli Parlimen Tuaran, berkata kejadian itu adalah peringatan jelas mengenai pentingnya penyelenggaraan kemudahan asas oleh pihak berkuasa tempatan.

“Kejadian ini memang tidak diduga, tapi sebenarnya masalah lantai kaki lima ini sudah dimaklumkan kepada Majlis Daerah Tuaran sebelum ini. Malangnya, tindakan masih belum diambil sehingga insiden ini berlaku,” katanya, menurut laporan media tempatan.

Rayner yang bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat tentang insiden itu turut menggesa Majlis Daerah Tuaran untuk bertindak segera bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

Keselamatan perlu diutamakan

“Bukan sahaja penari tarian singa yang berisiko, tetapi pejalan kaki dan orang ramai juga boleh mengalami kejadian serupa jika tindakan segera tidak diambil. Saya menyeru pihak berkuasa untuk mengambil langkah proaktif sebelum lebih ramai menjadi mangsa,” tegasnya.

Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan, sementara pihak berkaitan menjalankan siasatan dan kerja-kerja pembaikan.

Pengajaran dari insiden

Semoga kejadian ini menjadi iktibar kepada semua pihak untuk lebih peka terhadap penyelenggaraan infrastruktur awam. Bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan” – jangan sampai tarian singa bertukar menjadi adegan ngeri lagi.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes-kes kemalangan ngeri:

Kemalangan Ngeri Jalan Stutong Ragut 5 Mangsa, Pemandu 16 Tahun Ditahan
Tular Mesin Pengering Baju Terbakar Di Rumah Akibat Terlalu Panas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Guru Pendidikan Khas KV Keningau Terima SENIA Anugerah World Changer Guru Pendidikan Khas KV Keningau Terima SENIA Anugerah World Changer
Next Article 6 Klinik Kesihatan Di Sarawak Bakal Beralih Ke Sistem Digital Tahun Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?