• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

6 Klinik Kesihatan Di Sarawak Bakal Beralih Ke Sistem Digital Tahun Ini

Oleh
Farisha
6 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Sarawak naik taraf Klinik Kesihatan, masa tunggu pesakit kini lebih singkat

6 Klinik Kesihatan Di Sarawak Bakal Beralih Ke Sistem Digital Tahun Ini. Sarawak bakal menyaksikan perubahan besar dalam sistem kesihatan dengan enam Klinik Kesihatan (KK) terpilih menjalani transformasi digital tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengumumkan bahawa KK Ba’Kelalan, KK Balai (Bakam), KK Bario, KK Batu Danau, KK Pa’ Dallih, dan KK Paloh akan menjadi sebahagian daripada 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang bakal mengalami naik taraf digital.

6 Klinik Kesihatan Di Sarawak Bakal Beralih Ke Sistem Digital Tahun Ini
6 Klinik Kesihatan Di Sarawak Bakal Beralih Ke Sistem Digital Tahun Ini. Gambar hiasan.

Kurang Masa Menunggu, Lebih Efisien

Dengan peruntukan RM19 juta, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan Sistem Pengurusan Digital Berasaskan Awan (CCMS) yang dijangka mengurangkan masa menunggu pesakit di klinik kerajaan daripada tiga jam kepada hanya 30 minit. Sistem ini bukan sahaja mempercepatkan proses rawatan tetapi juga menjadikan rekod perubatan lebih selamat dan mudah diakses.

“Transformasi ini adalah sebahagian daripada sasaran KKM untuk melaksanakan sistem digital di semua fasiliti kesihatan dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang,” kata Dr Dzulkefly ketika lawatannya ke Hospital Sibu, menurut laporan media tempatan.

Keselamatan Data Perubatan Terjamin

Selain mempercepatkan rawatan, sistem CCMS juga akan memastikan data perubatan pesakit lebih selamat, terutama dalam situasi bencana seperti banjir. Menurut Dr Dzulkefly, Klinik Pergigian RTC Bekenu sebelum ini mengalami kerosakan data akibat banjir, dan dengan adanya sistem digital, insiden sebegini dapat dielakkan.

Tahun lepas, lima klinik di Sarawak telah menerima manfaat transformasi ini, termasuk KK Sebauh, KK Tatau, KK Bintulu, KK Telaga Air, dan KK UTC Kuching.

RM7.8 Juta untuk Hospital Sibu

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM7.8 juta untuk mengatasi masalah kondensasi yang menyebabkan pertumbuhan kulat di wad Hospital Sibu. Tambahan RM1.3 juta turut diluluskan untuk pembelian peralatan perubatan serta kerja-kerja baik pulih hospital.

Lawatan beliau ke Sarawak turut merangkumi kunjungan ke KK Jalan Oya, KK Lanang, dan KK Sibu Jaya, di mana beliau diberikan taklimat mengenai situasi banjir serta perancangan jangka panjang pembangunan fasiliti kesihatan di kawasan itu.

Masa Depan Kesihatan Lebih Digital

Transformasi digital ini memberi sinar baharu kepada rakyat Sarawak, terutama di kawasan pedalaman. Dengan sistem lebih efisien, pesakit boleh mendapatkan rawatan dengan lebih pantas, data perubatan lebih selamat, dan pengalaman di fasiliti kesihatan kerajaan menjadi lebih baik. Tak sabar nak tengok perubahan ini? Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai klinik dan hotel baharu bakal dibuka di Sarawak:

9 Klinik Baharu Bakal Dibuka Di Sarawak Pada Tahun Ini
Industri Perhotelan Sarawak Berkembang Pesat, 6 Hotel Baharu Bakal Dibuka Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiba-Tiba Runtuh, Penari Tarian Singa Jatuh Dalam Lubang Semasa Persembahan CNY Di Sabah
Next Article Dipercayai Dibunuh, Wanita Ditemui Maut Dalam Bilik Penginapan Di Batu Kawa Dipercayai Dibunuh, Wanita Ditemui Maut Dalam Bilik Penginapan Di Batu Kawa

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?