• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terputus Bekalan Air Selama Hampir 2 Hari, Penduduk Samarahan Mulai Resah

Oleh
Ismail NA
26 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Sumber: FB Abd Latiff

Lori tangki mula beredar di sekitar Samarahan sejak pagi tadi

Terputus Bekalan Air Selama Hampir 2 Hari, Penduduk Samarahan Mulai Resah. Sebahagian penduduk di pusat Kota Samarahan kini mulai menyuarakan rasa resah kerana ketiadaan bekalan air yang membelenggu sejak semalam.

Melalui tinjauan di laman media sosial, gangguan bekalan ini telah menyebabkan restoran dan kedai makan di sekitar Samarahan terpaksa ditutup sementara.

Terputus Bekalan Air Selama Hampir 2 Hari, Penduduk Samarahan Mulai Resah
Terputus Bekalan Air Selama Hampir 2 Hari, Penduduk Samarahan Mulai Resah. Kredit foto: FB Abd Latiff

Paip utama berukuran 600mm di Jalan Kuching Expressway telah pecah akibat kerja kontraktor KUTS

Difahamkan, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, sebuah paip utama berukuran 600mm di Jalan Kuching Expressway telah pecah akibat kerja kontraktor KUTS. Insiden ini telah mengakibatkan gangguan bekalan air yang menjejaskan pengguna di kawasan sekitar Jalan Kuching-Samarahan Expressway, Kampung Tanjung Bako, Kampung Binyuk, Midway Crescent, Uni Garden, Kampung Segintin, dan Pusat Jantung Kota Samarahan.

Proses pembaikan yang dijadualkan pada awal pagi 26 Oktober 2024 terpaksa ditangguhkan kerana bekalan air masuk dari paip 800 MSCL gagal dihentikan.

Pasukan bertanggungjawab kini giat menjalankan usaha untuk memulihkan bekalan air secepat mungkin, dan penghantaran air melalui lori tangki turut disediakan sementara menunggu bekalan air kembali normal.

Terputus Bekalan Air Selama Hampir 2 Hari, Penduduk Samarahan Mulai Resah

Belum ada maklum balas dari pihak berhormat di Samarahan

Perkara ini turut dimuat naik oleh pengguna di laman media sosial di mana penduduk terpaksa mengambil catuan air daripada lori tangki untuk kegunaan sementara. Ada juga yang telah menyuarakan kesulitan ini kepada pihak berhormat di Samarahan namun sehingga artikel ini diterbitkan, masih belum ada maklum balas yang diterima atau dikeluarkan.

Terputus Bekalan Air Selama Hampir 2 Hari, Penduduk Samarahan Mulai Resah
Kredit foto: FB Abd Latiff

Semoga proses baik pulih ini dapat dijalankan secepat mungkin agar penduduk Samarahan dapat menikmati semula bekalan air bersih.

Kalau dah sampai dua hari, memang tak senang duduk dibuatnya. Nak pergi tandas pun fikir dua tiga kali, betul tak betul? Bertabahlah, urang Mahan 🥲

Sementara itu, Kerajaan Sarawak pertimbang tubuh tabung pencen sendiri untuk penjawat awam negeri:

Kerajaan Sarawak Pertimbang Tubuh Tabung Pencen Sendiri Untuk Penjawat Awam Negeri
Laluan Alternatif Baharu Ke Kuching, Netizen Tidak Sabar Jambatan Sejingkat-Samarahan Ini Siap

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tidak Lagi Berkhidmat Di Sarawak, Murid Kejar Cikgu Spiderman Viral Sampai Hujung Jalan
Next Article Seleweng Dana Penyelenggaraan Sekolah Di Kudat Bernilai RM 600K, SPRM Tahan 2 Individu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?