• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rancangan Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Masih Diteruskan

Oleh
Aina Musa
27 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Kerajaan Negeri masih komited teruskan rancangan miliki syarikat penerbangan sendiri.

Rancangan Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Masih Diteruskan. Kerajaan Sarawak masih meneliti perancangan untuk mewujudkan penerbangan butik yang menawarkan perkhidmatan penerbangan sewa khas.

Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan Raya) Datuk Dr Jerip Susil ketika ditanya pemberita selepas merasmikan Majlis Perlancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Siburan, semalam.

Rancangan Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Masih Diteruskan
Rancangan Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Masih Diteruskan. Kredit Foto: Borneo Post

Pembinaan masih pada tahap perancangan

Menurut Dr Jerip, beliau tidak dapat memberi banyak info mengenai projek tersebut kerana projek itu masih dalam perancangan.

Tambah beliau, mereka perlu menyediakan platform terlebih dahulu dan jenis pesawat yang bersesuaian untuk digunakan dalam perancangan itu.

“Kita juga belum mempunyai sistem penerbangan yang khusus, tetapi ia akan menggunakan platform sedia ada Hornbills Skyways.

katanya

Tambah beliau juga, Sarawak menghadapi pelbagai kekangan sekiranya bergantung kepada syarikat penerbangan konvensional sahaja.

“Oleh itu, sekiranya Sarawak mempunyai syarikat penerbangan sendiri, kita boleh mula mempertimbangkan destinasi kritikal lain. Kita akan mulakan dengan penerbangan sewa terlebih dahulu,” katanya.

Rancangan Sarawak Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri Masih Diteruskan
Kredit Foto: FB Hornbills Skyways

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong berkata, pihaknya memilih untuk menggunakan pajakan pesawat daripada syarikat perkhidmatan penerbangan yang sudah sedia ada.

“Inilah model perancangan yang kita mahu dan masih dalam proses. Buat masa ini kita tidak dapat memberi garis masa,”

jelasnya.

Pembinaan projek ini juga adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk menambah kedatangan pelancong ke Sarawak!

Usaha tersebut ujarnya, bagi menambah kedatangan pelancong ke Sarawak dan menyokong pertumbuhan Nusantara selepas pemindahan ibu kota Indonesia ke Borneo.

Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan butik yang akan dikendalikan oleh Hornbill Skyways.

Beliau berkata, langkah itu akan membantu menjana pendapatan negeri melalui eksport hasil pertanian serta memenuhi permintaan perjalanan individu dan pelancongan.

Baca lebih lagi info mengenai ‘Sarawak Boutique Airline’ di sini:

Sarawak Bakal Memiliki Syarikat Penerbangan Butik Jika Diberi Mandat Semula – Abang Jo
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gelagat Penunggang RXZ Miri Bike Week Disambut Polis Buat Netizen Terhibur
Next Article Penduduk Sungai Bidut Sibu Tinggal Sehelai Sepinggang, Rumah Ranap Dalam Kebakaran

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?