• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Menyesal Tidak Pilih ASB, Individu Rugi RM6K Dalam Unit Trust

Oleh
Farisha
23 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

ASB lebih terjamin? Wanita kesal labur RM20,000 dalam CWA CIMB Unit Trust

Menyesal Tidak Pilih ASB, Individu Rugi RM6K Dalam Unit Trust. Pelaburan unit amanah yang berisiko tinggi tidak sesuai untuk mereka yang mengharapkan pulangan konsisten.

Baru-baru ini, seorang pelabur wanita telah berkongsi pengalaman kurang memberangsangkan dengan pelaburan unit amanah beliau. Beliau telah melabur RM20,000 dalam CWA CIMB Unit Trust empat tahun lalu, tetapi kini nilai pelaburannya merosot kepada RM14,000 sahaja.

Menyesal Tidak Pilih ASB, Individu Rugi RM6K Dalam Unit Trust
Menyesal Tidak Pilih ASB, Individu Rugi RM6K Dalam Unit Trust

Walaupun sentiasa memantau prestasi pelaburannya dan ejen sering memintanya bersabar untuk pulangan masa hadapan, beliau tetap kecewa. Beliau faham konsep untung rugi dalam pelaburan, namun kerugian berterusan ini amat mengecewakan kerana “semua orang melabur untuk untung”.

Pelabur tersebut kini menyedari bahawa mungkin lebih baik wang tersebut dilaburkan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) yang menawarkan dividen tahunan yang terjamin dan lebih selamat, menurut laporan media tempatan.

Kerugian besar dalam Unit Trust buat individu kecewa

Memandangkan keadaan ini, beliau sedang mempertimbangkan sama ada untuk mengeluarkan kesemua wang pelaburannya atau menunggu setahun lagi untuk kemungkinan pulangan positif. Wang yang dilaburkan merupakan hasil titik peluh beliau semasa pandemik COVID-19.

Perkongsian ini mendapat pelbagai maklum balas di Threads. Ramai yang bersetuju bahawa unit amanah tidak sesuai untuk pelabur yang tidak sanggup menanggung risiko kerugian. Ada yang mencadangkan alternatif pelaburan lain seperti emas dan cryptocurrency, dengan nilai Bitcoin kini melebihi RM300,000 seunit.

Terdapat juga pelabur lain yang mengalami nasib sama dan merancang untuk memindahkan pelaburan mereka ke ASB selepas mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit dalam unit amanah.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai langkah daftar akaun ASB secara online:

Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter
Wanita Hampir Berjaya Kumpul RM2 Juta Dalam KWSP Pada Usia 35 Tahun, Ini Rahsianya
SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Miri Rampas Rokok, Bir Seludup Bernilai Lebih RM700K
Next Article Penemuan 26 Spesies Katak Baharu Tahun Ini Di Bumi Kenyalang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?