• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kini Sekurang-Kurangnya 51 Spesies, 2 Spesies Ketam Air Tawar Baharu Telah Ditemui Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
9 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Kini Sekurang-Kurangnya 51 Spesies, 2 Spesies Ketam Air Tawar Baharu Telah Ditemui Di Sarawak

Dua spesies ketam air tawar baharu telah ditemui baru-baru ini

Kini Sekurang-Kurangnya 51 Spesies, 2 Spesies Ketam Air Tawar Baharu Telah Ditemui Di Sarawak. Dilaporkan bahawa 2 spesies ketam air tawar baharu telah ditemui di Sarawak baru-baru ini.

Penemuan ini didedahkan oleh Jabatan Hutan Sarawak (SFC), di mana ketam-ketam terbabit masing-masing ditemui di Tempat Perlindungan Hidupan Liar Lanjak Entimau dan Taman Negara Bako.

Kini Sekurang-Kurangnya 51 Spesies, 2 Spesies Ketam Air Tawar Baharu Telah Ditemui Di Sarawak

Penemuan dibuat oleh pasukan penyelidik bersama

Menurut laporan, penemuan terbabit dibuat oleh pasukan penyelidik bersama yang terdiri daripada saintis dari SFC dan Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Lee Kong Chian, University Nasional Singapura (NUS).

Penemuan spesies ketam baharu adalah kerjasama antara SFC, Muzium Sejarah Alam Semula Jadi Lee Kong Chian dan Universiti Nasional Singapura. Kredit: nus

“Kami sangat terbesar hati dan bangga dapat berkongsi dua penemuan dua spesies ketam baru dari Totally-protected Areas (TPA) di Sarawak di bawah platform Rimba,”

Ulas Ketua pegawai eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton.

Penyelidikan untuk Pengurusan Intensif Kawasan Kaya Bio Sarawak (Rimba Sarawak) adalah sebuah inisiatif yang dimulakan oleh SFC sebagai platform kerjasama antarabangsa. Tujuan Rimba adalah untuk membuka TPA Sarawak kepada saintis antarabangsa yang mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk menjalankan penyelidikan dan menggunakan penemuan untuk membantu Sarawak menguruskan tamannya dengan lebih baik serta melatih dan melengkapkan saintis muda.

Sebanyak 10 memorandum persefahaman (MOU) telah ditandatangani sejak tahun 2015 hingga July 2021 oleh institusi terkenal antarabangsa, dengan hasil dan penemuan menarik.

Penemuan baharu menjadikan jumlah spesies ketam di Sarawak sekurang-kurangnya 51 spesies

Ketam yang ditemui, yang merupakan genus ketam air tawar gecarcinucid iaitu Arachnothelphusa masing-masing diberi nama Arachnothelphusa rimba n. sp dan Arachnothelphusa bako n. sp.

Kredit: SFC VIA THE BORNEO POST

Ia difahamkan ketam-ketam ini memiliki kemampuan memanjat pokok, kerana mereka digambarkan sebagai ketam ‘memanjat pokok’ oleh kolaborator dari NUS, Prof Dr Peter Ng. Beliau juga berkata penemuan kedua-dua ketam ini yang mempunyai kemampuan tersebut adalah bukti bahawa Sarawak mempunyai kehidupan haiwan yang luar biasa di hutan-hutan negeri ini.

Salah satu daripada ketam baharu tersebut ditemui di Taman Perlindungan Hidupan Liar Lanjak Entimau (gambar hiasan). Kredit: Mapio.net

Ketam panjat pokok? Wow! Tak sangka juga Sarawak rupa-rupanya ada ketam unik sebegini. Semoga spesies baru ini serta spesies-spesies haiwan lain dilindungi dan dihargai.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Josiah Ng, Jaguh Berbasikal Trek Pertama Malaysia Ke Final Sukan Olimpik
Next Article Sejarah Di Sebalik Awal Muharram, Bermulanya Tahun Baru Dalam Kalendar Islam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?