• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penerbangan Dibatalkan Walaupun Dah Ada Tiket Sah, MASwings Mohon Maaf Kepada Lelaki Sarawak Ini

Oleh
Husna Hazmi
20 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Hal ini telah membuat Gabriel terpaksa menunggu 4 hari lagi untuk penerbangannya yang seterusnya.

Penerbangan Dibatalkan Walaupun Dah Ada Tiket Sah, MASwings Mohon Maaf Kepada Lelaki Sarawak Ini. Dilaporkan, MASwings telah memohon maaf kepada seorang penumpang yang telah dibatalkan penerbangannya dari Long Benga ke Miri pada 14 Februari 2023 lalu walaupun memeliki tiket penerbangan yang sah.

Kejadian dikatakan berkait dengan proses daftar masuk luar talian di STOPLport (berlepas dan mendarat singkat).

Penerbangan Dibatalkan Walaupun Dah Ada Tiket Sah, MASwings Mohon Maaf Kepada Lelaki Sarawak Ini
Penerbangan Dibatalkan Walaupun Dah Ada Tiket Sah, MASwings Mohon Maaf Kepada Lelaki Sarawak Ini. Sumber foto: The Borneo Post

Tidak sengaja membatalkan penerbangan

MASwings dalam kenyataan berkata bahawa mereka tidak sengaja membatalkan penerbangan Encik Gabriel Jau Liran secara automatik oleh sistem.

MASwings memohon maaf atas kesulitan dialami Encik Gabriel Jau Liran pada 14 Feb 2023, yang dalam perjalanan dari Long Banga ke Miri. Tempahan Encik Liran secara tidak sengaja dibatalkan secara automatik oleh sistem kerana Long Banga adalah stesen luar talian tanpa kemudahan daftar masuk langsung dan infrastruktur internet yang kukuh,” kata MASwings.

MASwings berkata semua proses daftar masuk dilakukan secara manual di Long Banga dan apabila Gabriel tiba di Lapangan Terbang Miri untuk penerbangan pergi balik, semua penumpang lain yang mematuhi peraturan telah mendaftar masuk.

Oleh kerana terdapat had tempat duduk yang ditetapkan serta sekatan berat penerbangan untuk ke Long Banga, kakitangan yang berada di kaunter daftar masuk MASwings tidak dapat menerima Gabriel untuk menaiki penerbangan tersebut.

Dalam masa yang sama, MASwings berkata pihaknya kesal atas kesulitan yang dialami Gabriel dan menegaskan bahawa mereka akan terus mengekalkan standard keselamatan tertinggi, terutamanya pada STOLports (short take off landing ports).

Penerbangan Dibatalkan Walaupun Dah Ada Tiket Sah, MASwings Mohon Maaf Kepada Lelaki Sarawak Ini
Gambar sekadar hiasan

Gabriel terpaksa menunggu 4 hari lagi untuk penerbangannya

Gabriel berasa terkilan apabila diberitahu oleh kakitangan kaunter di Lapangan Terbang Miri pada 14 Feb bahawa namanya tidak lagi berada dalam sistem walaupun telah membuat tempahan awal.

Pembatalan tersebut telah memaksanya menunggu empat hari lagi di Miri untuk penerbangan pulang ke kampungnya.

Oleh kerana cuaca yang tidak menentu, Gabriel dijadualkan untuk menaiki penerbangan ke Long Banga lebih awal untuk pemeriksaan kesihatan dan dijadualkan untuk pulang dalam hari yang sama.

Penerbangan Dibatalkan Walaupun Dah Ada Tiket Sah, MASwings Mohon Maaf Kepada Lelaki Sarawak Ini
Gambar sekadar hiasan

Pengurangan kapasiti penumpang untuk penerbangan

Beliau telah melaporkan kepada The Borneo Post kejadian ini kerana ingin penduduk di Long Banga dan di kawasan sekitarnya yang telah menghadapi pengurangan kapasiti penumpang untuk penerbangan yang hanya 2 kali seminggu itu.

Long Banga STOLport memberi perkhidmatan kepada sekitar 2,000 penduduk dari enam kampung, kem pembalakan, sebuah sekolah dan klinik. Alternatif lain untuk ke Miri adalah untuk melalui jalan balak.

Penerbangan dari Miri ke Long Banga ini mengambil masa kira-kira 90 minit, dengan persinggahan di Lapangan Terbang Marudi.

Lagi berita terkini buat anda di sini:

Berbeza Agama Dalam Sijil kelahiran, Gadis Sabah Ini Terkejut Didaftarkan Sebagai Penganut Kristian
Berita Baik, Sarawak Sah Terpilih Jadi Tuan Rumah SUKMA Tahun Depan

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berbeza Agama Dalam Sijil kelahiran, Gadis Sabah Ini Terkejut Didaftarkan Sebagai Penganut Kristian Berbeza Agama Dalam Sijil kelahiran, Gadis Sabah Ini Terkejut Didaftarkan Sebagai Penganut Kristian
Next Article Pasang Notis Larang Pekerja Sebuah Bank Tertentu Masuk, Klinik Di Miri Ini Terima Perhatian Netizen Pasang Notis Larang Pekerja Sebuah Bank Tertentu Masuk, Klinik Di Miri Ini Terima Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?