• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MAG Tawar Tambang Penerbangan Domestik Dari RM79 Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Oleh
Nazihah AN
14 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
MAG Tawar Tambang Penerbangan Domestik Dari RM79 Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

MAG menjemput para pelancong untuk merancang percutian mereka untuk tahun depan dari hari ini hingga 26 Februari tahun ini

MAG Tawar Tambang Penerbangan Domestik Dari RM79 Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Menyokong matlamat Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY2026) dan menempatkan Kuala Lumpur sebagai ‘pusat bagi Asia dan sekitarnya’, Malaysia Aviation Group (MAG) mengukuhkan komitmennya sebagai pengangkut nasional.

Pengangkut udara ini berkata, dengan 248 penerbangan di rangkaian domestik dan antarabangsa, melalui Malaysia Airlines dan Firefly yang berlepas dari Kuala Lumpur, Subang dan Pulau Pinang, ia memanfaatkan peranannya untuk menjadikan Malaysia sebagai ‘pusat pelancongan dan penerbangan Asean yang sebenar’.

MAG Tawar Tambang Penerbangan Domestik Dari RM79 Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
MAG Tawar Tambang Penerbangan Domestik Dari RM79 Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026

Melancong secara domestik dari RM79 semua dalam satu hala melalui kelas ekonomi ke destinasi

Melalui Jualan Istimewa Percutian Malaysia Airlines, MAG menjemput para pelancong untuk merancang percutian mereka untuk tahun depan dari hari ini hingga 26 Februari tahun ini, untuk memberi peluang kepada pelancong menikmati tambang menarik semua dalam satu hala.

“Melancong secara domestik dari RM79 semua dalam satu hala melalui kelas ekonomi ke destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan.

“Bagi mereka yang suka menikmati pengalaman perjalanan premium sepenuhnya, boleh memanfaatkan tambang kelas perniagaan bermula dari RM408,” katanya dalam kenyataan, menambah bahawa tawaran ini adalah untuk perjalanan segera sehingga 30 November tahun ini.

Untuk destinasi Asean, pelancong boleh melancong ke Bangkok, Ho Chi Minh, Surabaya, dan Bali bermula dari RM219 semua dalam satu hala melalui kelas ekonomi, atau RM699 melalui kelas perniagaan.

Jualan Istimewa Percutian Malaysia Airlines juga meliputi syarikat penerbangan adiknya, Firefly, bagi pelancong yang terbang dari Subang ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu, bermula dari RM119; dan dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu, Kuching, Singapura dan Bangkok dari RM99.

MAG berkata, pelancong juga boleh memanfaatkan tambang istimewa ke salah satu destinasi antarabangsa paling popular Malaysia Airlines, London, dari RM1,744 semua dalam satu hala atau melancong tanpa visa ke China (untuk perjalanan sehingga 15 hari) dari RM732.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024
Sehala RM149, AirAsia Tambah Penerbangan Jakarta-Kuching Setiap Hari Mulai Februari
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Instagrammable Sambil Menikmati Sunset, Night Market Baru Di Kota Kinabalu
Next Article Pelancong Korea Ditemui Maut Di Sebuah Resort Di Sabah Pelancong Korea Ditemui Maut Di Sebuah Resort Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?