• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024

Oleh
Nazihah AN
13 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan
Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024

Kini, anda perlu muat naik aplikasi untuk mengambil nombor giliran

Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024. Mesti ramai yang tengah plan nak ke luar negara masa ni kan? Mana tidaknya, tambang sekarang ni pun boleh bawak bincang dengan kawan-kawan. Murah pun murah!

Tahukah anda, Air Asia kini tawar penerbangan ke Jakarta dengan hanya RM149 sehala. Baca sini👉🏻AirAsia Tambah Penerbangan Jakarta-Kuching Setiap Hari Mulai Februari

Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024
Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024. Kredit gambar: ILOVEBORNEO

Nak ke luar negara, kenalah ada pasport, betul tak? Jadi di sini kami buat panduan lengkap untuk anda yang ingin buat permohonan baharu atau renew pasport anda di UTC (Urban transformation Centre). Lihat di bawah:

Panduan Buat Pasport di UTC

1. Muat turun aplikasi QMS untuk mengambil nombor giliran

  • Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/queue-management-system-qms/id1143480836
  • Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.com.gms.qms.qmsapp

2. Tekan ‘Service Providers’, kemudian tekan ‘Jabatan Imigresen Malaysia’ dan pilih negeri dan tempat di mana anda ingin membuat pasport. Setelah itu, tekan ‘Get Ticket’ dan anda sudah mendapat nombor giliran. Di sini tertera nombor giliran terkini yang dipanggil.

Jadi senanglah, untuk korang alert bila nombor giliran anda sudah dekat. Disarankan untuk mengambil nombor pada awal pagi. Lebih awal lagi cepat siap.

Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024
Kredit gambar: ILOVEBORNEO
Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024
Kredit gambar: ILOVEBORNEO

3. Turut diingatkan untuk anda menyediakan beberapa dokumen penting sebelum ke Pejabat Imigresen (UTC Kuching, tingkat 5), lihat di bawah:

  • Kad Pengenalan Asal dan Salinan Pemohon
  • Pasport Lama Pemohon (jika ada)
  • Sijil Lahir Asal dan Salinan (Bagi pemohon di bawah 18 tahun dan penjaga)
  • Golongan Kelainan Upaya (Asal dan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan dan Kad Kebajikan.

**NOTA PENTING: Jika anda kelahiran bumiputera Sarawak, anda hanya perlu membawa salinan kad pengenalan dan pasport lama (jika ada) sahaja.

4. Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil untuk mengambil gambar. Etika pemakaian pula, hendaklah berpakaian gelap. Semasa mengambil gambar disarankan untuk membuat stail rambut yang kemas (tidak menutup muka).

Buat wanita bertudung, disarankan untuk memakai tudung berwarna gelap atau lebih senang, tudung warna hitam. Boleh lihat rujukan di bawah:

Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024
Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024
Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024

Kalau tak guna baju warna gelap, usah risau. Di sini mereka juga sediakan vest berwarna gelap untuk anda.

5. Selesai mengambil gambar, anda diminta tunggu sebentar untuk membuat pembayaran pasport. Kadar pembayaran boleh rujuk di bawah:

Panduan Terkini Permohonan Baharu Atau Renew Pasport Malaysia Di UTC 2024
Kredit gambar: ILOVEBORNEO

**NOTA PENTING: Pejabat Imigresen ini hanya menerima transaksi melalui Kad Debit/ Kredit sahaja. Jadi, tak perlu bawa cash banyak-banyak.

6. Setelah membuat pembayaran, anda kena menunggu giliran lagi sekali untuk membuat pengutipan passport di Kaunter 10 atau 11 (UTC Kuching). Dan anda siap! Tambahan, anda boleh membeli sarung untuk pasport di kaunter tersebut dengan hanya RM6 sahaja.

7. Untuk pengetahuan anda, tempoh untuk satu pasport adalah 5 tahun. Jadi selepas 5 tahun, kena renew balik tau!

Lokasi
Waktu Operasi

Bangunan UTC Kuching, 23, 14, Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d15953.388107290064!2d110.3521267!3d1.5560519!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31fba7ea51f49a31%3A0x23303635f33304ec!2sBangunan%20UTC%20Kuching!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1707809432892!5m2!1sen!2smy
HariMasa Operasi
Isnin hingga Khamis8.00 pagi – 7.00 petang
Jumaat8.00 pagi – 11.45 pagi
2.15 petang – 7.00 petang
Sabtu dan Ahad8.00 pagi – 5.00 petang
Cuti UmumTUTUP

Makluman tambahan:

Kaunter juruwang beroperasi sehingga:

  • 6.15 petang sahaja (Isnin-Jumaat)
  • 4.15 petang sahaja (Sabtu dan Ahad)

Bagi urusan penutupan akaun

Harap dengan panduan di atas, dapat memudahkan urusan anda untuk renew pasport.

Tahukah anda bahawa tak semua perlu pasport merah, nak tahu lebih lanjut boleh lihat pautan di bawah:

Tak Semua Perlu Passport Merah, Ini Dokumen Perjalanan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu
Tahukah Anda Passport Malaysia Adalah Passport Kedua Paling Berkuasa Di Asia Tenggara
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sebagai Angpow, Kerajaan Sarawak Umum Perkhidmatan Bas Percuma Di Miri
Next Article Runtuh Selepas Jutaan Tahun, Sea Stack Ikonik Bako Kini Tinggal Kenangan Runtuh Selepas Jutaan Tahun, Sea Stack Ikonik Bako Kini Tinggal Kenangan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?