• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum

Oleh
Farisha
24 November 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Penginapan Mewah di Tengah Kekayaan Biodiversiti Borneo Rainforest

Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum. Penginapan Borneo Rainforest Lodge, terletak dalam Lembah Danum di Sabah, merupakan sebuah destinasi penginapan mewah yang dikenali kerana keunikan dan keindahan semula jadi yang ditawarkannya. Penginapan ini berada di sepanjang Sungai Danum yang mengalir, memberikan pengalaman alam semula jadi yang luar biasa kepada para tetamunya.

Sekiranya anda mencari tempat penginapan ketika di Lahad Datu, anda harus cuba Borneo Rainforest Lodge (BRL). Sebuah resort yang umpama spa dalam hutan ini menawarkan pemandangan hutan indah yang mengelilingi premis dan sesuai bagi mereka yang hendak menikmati alam semula jadi, jauh dari kesesakan dan kesibukan di bandar. Terletak di Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum, semestinya tempat ini akan memuaskan your inner nature love!

Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum
Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum

Nikmati Perkhidmatan Tip Top

Selain dari pengalaman alam semula jadi, penginapan ini juga menawarkan pelbagai chalet dan vila yang mewah dan selesa, direka untuk memenuhi keperluan dan kegemaran pelbagai tetamu, sambil mengekalkan keharmonian dengan alam sekitar. Penginapan ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin menyatu dengan alam semula jadi dan menghargai keindahan hutan hujan tropika Borneo dalam suasana yang tenang dan mewah.

Terletak 2.5 jam dari Lahad Datu, tempat penginapan ini menawarkan 30 lebih buah chalet dan mempunyai spa yang sensitif terhadap eko, kelestarian dan impak minimum sebagai prinsip utama reka bentuk dan operasi premis.

BRL menawarkan pakej yang lengkap, termasuk panduan. Disarankan untuk mengambil pakej 4 hari, 3 malam untuk benar-benar menikmati hutan yang berusia 130 juta tahun ini. Anda juga akan dimanja dengan urutan tradisional Borneo di spa yang ditawarkan di tempat penginapan ini.

Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum
Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum
Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum
Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum

Bagi penggemar alam semula jadi, resort ini memang dream getaway untuk anda. Lengkap dengan canopy walkway yang anda boleh gunakan untuk berjalan-jalan menikmati alam semula jadi, anda juga akan melihat pelbagai flora dan fauna di sini.

Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum
Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum

Pelbagai aktiviti yang ditawarkan

Tetamu atau para pelancong juga boleh berjalan-jalan di titian kanopi gantung, memerhati burung, meninjau hidupan liar, dan aktiviti waktu malam untuk melihat haiwan nokturnal. Aktiviti lain termasuk trekking, rafting, dan melawat komuniti pribumi. Malah, anda juga akan menikmati aktiviti stargazing di sini, sesuai untuk photography!

Lembah Danum merupakan rumah kepada orang utan, siamang, gajah kerdil, babi berjanggut, tupai terbang, dan lebih 300 spesies burung. Tetamu boleh meninjau makhluk ini dari laluan lodge.

Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum

Penginapan Borneo Rainforest di Lembah Danum bukan hanya menawarkan pengalaman penginapan mewah yang selesa, tetapi juga peluang unik untuk menyelami dan menghargai keindahan serta kepelbagaian biodiversiti hutan hujan purba Borneo. Dengan komitmennya terhadap konservasi dan pelancongan mampan, penginapan ini merupakan destinasi yang sempurna bagi mereka yang ingin merasai keajaiban alam semula jadi sambil mengekalkan keselarasan dengan alam sekitar.

Tempat ini memang value for money. Selain menikmati alam semula jadi, tempat penginapan yang selesa serta perkhidmatan yang mantap, anda akan check out dari sini dengan perasaan tenang dan bahagia setelah charging sebelum kembali ke bandar.

Alamat
Waktu operasi
Hubungi merek

Lot 20, Block 3, MDLD 3285, Ground Floor, Fajar Centre Fajar Lorong 9, 91120 Lahad Datu, Sabah

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m18!1m12!1m3!1d254369.0122197033!2d117.44120019453126!3d5.019740100000006!2m3!1f0!2f0!3f0!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x323e57679b3de3ab%3A0x3f0c09dbbb4fa0dd!2sBorneo%20Rainforest%20Lodge!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1700107786198!5m2!1sen!2smy

8am-4pm (tutup Sabtu dan Ahad)

FB: Borneo Rainforest Lodge, Danum Valley

Nombor telefon: 088-267 637

Baca juga artikel yang berkaitan:

Aktiviti Santai Di Ranau Sabah Untuk Dikunjungi
Ini 3 Destinasi Paragliding Wajib Cuba Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keputusan Tukar Lagu Krismas Ditolak, Persatuan Gereja Sarawak Tarik Diri Dari Program TV Keputusan Tukar Lagu Krismas Ditolak, Persatuan Gereja Sarawak Tarik Diri Dari Program TV
Next Article Ini Port Takoyaki Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?