• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keputusan Tukar Lagu Krismas Ditolak, Persatuan Gereja Sarawak Tarik Diri Dari Program TV

Oleh
Nazihah AN
24 November 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Keputusan Tukar Lagu Krismas Ditolak, Persatuan Gereja Sarawak Tarik Diri Dari Program TV

Permohonan menukar lagu ‘Jingle Bell Rock’ kepada ‘O Holy Night’ ditolak

Keputusan Tukar Lagu Krismas Ditolak, Persatuan Gereja Sarawak Tarik Diri Dari Program TV. Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) menghadapi isu dalam menyertai program ‘A Christmas Carol, Sarawak in Diversity Programme’ setelah permohonan mereka untuk menukar lagu ‘Jingle Bell Rock’ kepada ‘O Holy Night’ ditolak.

Menghantar surat kepada Jabatan Premier Sarawak, pihak ACS menyatakan bahawa permintaan tersebut ditolak atas alasan elemen keagamaan dan protokol dari Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Oleh itu, pihak ACS tidak dapat melibatkan diri dalam program tersebut.

Keputusan Tukar Lagu Krismas Ditolak, Persatuan Gereja Sarawak Tarik Diri Dari Program TV
Keputusan Tukar Lagu Krismas Ditolak, Persatuan Gereja Sarawak Tarik Diri Dari Program TV

YB Fahmi Fadzil turut mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut

Namun, menerusi akaun media sosial milik MP Kuching, Dr Kelvin Yii mengumumkan bahawa beliau telah berhubung dengan Kementerian dan agensi berkaitan untuk menyelesaikan isu ini. Dalam kenyataannya, beliau menyatakan bahawa isu ini tidak dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak, yang merupakan cawangan MCMC.

Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil, turut memberikan penjelasan mengenai perkara ini. Beliau menegaskan bahawa syarat lesen khas untuk siaran langsung dan tertunda, sementara prarakam tidak memerlukan kelulusan SKMM setelah melalui proses semakan dengan MCMC Rasmi. Beliau menegaskan bahawa MCMC tidak terlibat dalam proses membuat keputusan ini.

Lebih lanjut, YB Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa LPF, yang berada di bawah Kementerian Dalam Negeri, adalah pihak yang bertanggungjawab atas penolakan lagu tersebut. Beliau memberikan keyakinan bahawa isu ini dapat diselesaikan dengan kerjasama antara pihak berkepentingan dan Kementerian yang berkaitan.

Walaupun demikian, ACS mengekspresikan kekecewaan mereka terhadap keputusan penolakan tersebut. Ketegangan isu tersebut menzahirkan masyarakat tempatan menantikan penyelesaian yang adil dalam menyambut musim perayaan ini.

**TERKINI:

Pihak TVS tampil memberikan kenyataan rasmi berkenaan isu tersebut. Kenyataan ini dikeluarkan bersama Unit For Other Religions (UNIFOR):

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

3 Hentian R&R Sepanjang Jalan Pan Borneo Bakal Siap Berperingkat
Malaysia Menang, Berakhir Tuntutan Waris Sulu Atas Aset Syarikat Minyak Dan Diplomatik Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Hentian R&R Sepanjang Jalan Pan Borneo Bakal Siap Berperingkat 3 Hentian R&R Sepanjang Jalan Pan Borneo Bakal Siap Berperingkat
Next Article Keajaiban Alam Semula Jadi, Pengalaman Eksklusif Di Borneo Rainforest Lodge Lembah Danum

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?