• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Padah Miliki Barang Curi, Pengantin Baru Ini Dipenjara 12 Bulan Di Kuching

Oleh
Aina Musa
27 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Padah Miliki Barang Curi, Pengantin Baru Ini Dipenjara 12 Bulan Di Kuching

Padah menyimpan harta curi barangan mewah

Padah Miliki Barang Curi, Pengantin Baru Ini Dipenjara 12 Bulan Di Kuching. Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas seorang lelaki berusia 39 tahun setelah dia mengaku bersalah menyimpan barang-barang curi yang terdiri daripada sembilan jam tangan berjenama, sebuah alat kawalan jauh kunci kereta, sebotol minyak wangi berjenama, dan sebuah kamera milik seorang wanita berusia 31 tahun.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohamad Yusmadi Osman setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Padah Miliki Barang Curi, Pengantin Baru Ini Dipenjara 12 Bulan Di Kuching. Sumber: The Borneo Post

Berdasarkan fakta kes, wanita tersebut telah membuat laporan polis pada 25 Disember 2022 setelah menyedari bahawa rumahnya telah dipecah masuk.

Antara barang yang dicuri adalah sembilan jam tangan berjenama, alat kawalan jauh kunci kereta, sebotol minyak wangi berjenama, dan sebuah kamera.

Menurusi laporan daripada sebuah media tempatan, tertuduh dikatakan baru berkahwin selama tiga hari dan terpaksa akur duduk di penjara selama 12 bulan atas kesalahan menyimpan harta curi barangan mewah

Bertindak atas laporan tersebut, polis telah menahan Mohamad Yusmadi di sebuah rumah di Taman Peony, Jalan Matang sekitar jam 6.30 petang pada 5 Januari 2023. Polis juga merampas semua barang curi yang disimpan di bilik tidurnya.

Siasatan kemudiannya mendedahkan bahawa Mohamad Yusmadi telah menyimpan barang-barang curi milik wanita tersebut.

Kes ini didakwa oleh ASP Arman Ibrahim manakala Mohamad Yusmadi tidak diwakili oleh peguam.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Orang Ramai Serbu Masuk Kedai Salun Di Sibu Ini Tarik Perhatian Netizen Orang Ramai Serbu Masuk Kedai Salun Di Sibu Ini Tarik Perhatian Netizen
Next Article 4 Perenang Muda Ini Harumkan Nama Sarawak Dalam Kejohanan Renang Peringkat Kebangsaan 4 Perenang Muda Ini Harumkan Nama Sarawak Dalam Kejohanan Renang Peringkat Kebangsaan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?