• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Banjir Bukan Penghalang, Pengantin Photoshoot Atas Sampan Di Matu Raih Perhatian Ramai

Oleh
Farisha
4 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Siapa kata banjir halangan? Pengantin ini buktikan sebaliknya

Banjir Bukan Penghalang, Pengantin Photoshoot Atas Sampan Di Matu Raih Perhatian Ramai. Musim banjir selalunya sinonim dengan situasi huru-hara, rumah dinaiki air, dan jalan jadi sungai sementara. Tapi bagi satu pasangan di Sarawak, banjir bukanlah halangan untuk meraikan hari bahagia mereka.

Dalam satu video yang kini tular di TikTok, sepasang pengantin dilihat menjalani sesi penggambaran perkahwinan dengan tema luar biasa – dalam sampan! Difahamkan, kejadian unik ini berlaku di Kampung Sekaan Besar, Matu, Sarawak.

Banjir Bukan Penghalang, Pengantin Photoshoot Atas Sampan Di Matu Raih Perhatian Ramai
Banjir Bukan Penghalang, Pengantin Photoshoot Atas Sampan Di Matu Raih Perhatian Ramai. Sumber foto: TikTok

“Kahwin banjir vibes”

Menerusi hantaran yang dikongsikan, pasangan ini dilihat dengan santainya duduk di dalam sebuah sampan, lengkap dengan busana pengantin, sambil bergaya untuk sesi photoshoot.

“Kahwin banjir vibes, banjir bukanlah penghalang untuk hari yang indah. Selamat bermuara sahabatku,” tulis kapsyen dalam video tersebut.

Walaupun berdepan dengan cuaca yang kurang menyebelahi, mereka tetap kelihatan ceria dan romantik dalam sesi penggambaran tersebut. Netizen pula, seperti biasa, tak lepaskan peluang untuk memberikan reaksi yang mencuit hati.

Netizen Terhibur & Kagum Dengan Kreativiti Pengantin

Ruangan komen dihujani dengan pujian dan gelak tawa netizen yang memuji keberanian serta kreativiti pasangan ini. Ramai yang teruja melihat konsep unik ini dan menyifatkan mereka sebagai pasangan yang “comel”.

“Omg so cute pengantin, tahniah,” kata seorang pengguna TikTok.

“Confirm salah seorang cikgu ni, sebab cikgu je yang sanggup kahwin masa cuti sekolah,” seloroh seorang lagi.

Dari Ujian Jadi Kenangan Manis

Perkahwinan memang satu hari istimewa, tapi pasangan ini membuktikan bahawa dengan semangat dan sikap positif, cabaran boleh bertukar jadi memori yang tak ternilai. Lagipun, bila lagi nak dapat peluang photoshoot atas sampan secara semula jadi, kan?

https://www.tiktok.com/@myngif/video/7467095551532698887

Jadi, kalau anda rasa hujan gerimis dah cukup untuk spoil mood kahwin, cuba fikirkan semula. Pasangan ini dah set satu standard baru untuk wedding photoshoot – ‘banjir edition’!

Apa pendapat anda? Berani tak try konsep ni kalau kahwin musim hujan?

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai perkahwinan yang rare di Sarawak:

Unik Dan Rare, ‘Magic Show’ Di Majlis Kahwin Iban Di Lebor Ini Buatkan Tetamu Teruja
Unik Dan ‘Rare’, Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dilengkapi Teknologi AI, Muzium Biodiversiti Pertama Sarawak Bakal Dibangunkan Di Miri
Next Article Polis Marin Sabah Gagalkan Cubaan Seludup Diesel Bernilai RM1.2 Juta Di Inanam

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?