• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Unik Dan Rare, ‘Magic Show’ Di Majlis Kahwin Iban Di Lebor Ini Buatkan Tetamu Teruja

Oleh
Ismail NA
13 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Ini baru syok pergi kenduri!

Unik Dan Rare, ‘Magic Show’ Di Majlis Kahwin Iban Di Lebor Ini Buatkan Tetamu Teruja. Kalau anda selalu pergi ke majlis kahwin, antara hiburan yang sering tuan punya acara sajikan adalah seperti karaoke. Kalau di Sarawak, mungkin aktiviti bermukun, bergendang atau poco-poco. Namun, majlis kahwin di Kampung Lebor, Serian ini dilihat mempamerkan keunikannya yang tersendiri.

Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik oleh pengguna Kelabu Papau Photography & Design ini, majlis perkahwinan pasangan di kampung tersebut diserikan dengan persembahan silap mata!

Unik Dan Rare, 'Magic Show' Di Majlis Kahwin Iban Di Lebor Ini Buatkan Tetamu Teruja
Unik Dan Rare, ‘Magic Show’ Di Majlis Kahwin Iban Di Lebor Ini Buatkan Tetamu Teruja. Kredit: FB Kelabu Papau Photography & Design

Tetamu kanak-kanak teruja sampai berdiri depan pentas

Video berdurasi 8 minit 37 saat itu memaparkan seorang ahli silap mata dilihat naik ke atas pentas pelamin di sebuah majlis perkahwinan di kampung tersebut dan melakukan persembahan silap mata untuk menghiburkan tetamu yang hadir.

Ahli silap mata tersebut menunjukkan kehebatannya dalam seni silap mata dengan memunculkan beberapa helai kain berbeza warna secara ‘ajaib’ serta menukar beberapa keping piring hitam berwarna seperti kain-kain yang muncul sebelumnya. Selain daripada kebolehannya memunculkan sesuatu secara tiba-tiba, ahli silap mata ini juga berjaya menghilangkan piring-piring tersebut dan menukarkannya menjadi kepingan kertas gemerlapan.

Persembahan tersebut nyata menjadi tarikan unik dalam majlis perkahwinan mempelai Iban di Kampung Lebor, Serian kerana mampu membuatkan tetamu begitu teruja, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Keterujaan mereka dapat diperhatikan menerusi tepuk tangan dan sorakan yang nyaring setiap kali ahli silap mata tersebut berjaya melakukan silap matanya.

Lain sikit majlis kahwin ni. Ada ‘magic show’. Betul-betul ‘steady’ 👍🏻👍🏻

Kapsyen pengguna FB Kelabu Papau Photography & Design

Unik Dan Rare, 'Magic Show' Di Majlis Kahwin Iban Di Lebor Ini Buatkan Tetamu Teruja
Kredit: FB Kelabu Papau Photography & Design

Ahli silap mata, kerjaya seni yang memberi senyuman pada orang ramai

Di Malaysia, kerjaya ahli silap mata mungkin tidak segah seperti ahli silap mata di negara barat. Ada yang memiliki kebolehan ini sebagai hobi dan menghiburkan keluarga atau sahabat handai sahaja. Namun, ada juga di antaranya yang menjadikan bakat ini sebagai sumber pendapatan.

Unik Dan Rare, 'Magic Show' Di Majlis Kahwin Iban Di Lebor Ini Buatkan Tetamu Teruja
Gambar hiasan.

Undangan sebegini semestinya memberi laluan kepada individu yang memiliki bakat terpendam untuk menghiburkan orang ramai. Kalau ada bakat seni yang mampu memberi senyuman pada ramai orang, sayang pula kalau tidak ditunjukkan, betul tak?

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada mempelai perkahwinan ini kerana melangsungkan perkahwinan dan mengundang artis seni silap mata yang jarang sekali diberi perhatian untuk melakukan persembahan.

Tahukah anda bahawa masyarakat Iban di Lebor dan Remun memiliki loghat bahasa Iban yang berlainan daripada Iban lain di seluruh Sarawak? Baca lebih lanjut di sini: Asal Usul Iban Remun, Penutur Bahasa Iban Yang Lain Dari Iban Biasa

SUMBER :FB Kelabu Papau Photography & Design
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Akhiri Ucapan Dengan Nyanyian Merdu, Graduan Universiti Malaysia Sabah Ini Buat Netizen Terpegun
Next Article Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan Pernah Jadi Tempat Persembunyian Tentera Jepun Dahulu, Gua Baharu Ini Ditemukan Di Labuan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?