• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pengarah Terkenal, Syamsul Yusof Mengaku Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand

Oleh
ILB - AI
6 Januari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pengarah Terkenal, Syamsul Yusof Mengaku Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand

Beliau bernikah dengan Ira Kazar di Thailand

Pengarah Terkenal, Syamsul Yusof Mengaku Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand. Pengarah, Syamsul Yusof, akhirnya menamatkan segala spekulasi dengan pengakuan bahawa beliau telah bernikah dengan Ira Kazar hari ini.

Pengakuan itu dibuat oleh Syamsul dalam video yang diposting di Instagramnya sebentar tadi.

“Alhamdulillah, saya telah menikahi Ira secara sah, dengan kebenaran dari ayahnya, Kazar Saisi, di Thailand yang juga merupakan wali untuk Ira Kazar.

“Pernikahan kami telah didaftarkan dan ia dilakukan di sini untuk memudahkan beberapa perkara. “Pada akhirnya, saya kena letakkan noktah tentang hal rumah tangga yang tidak sepatutnya saya kongsikan di media sosial,” katanya.

Pengarah Terkenal, Syamsul Yusof Mengaku Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand

Kemelut rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana berlarutan selepas wanita itu mendedahkan tentang kehadiran orang ketiga yang menganggu rumah tangga mereka.

Syamsul dan Ira bagaimanapun, sebelum ini mengunci mulut tentang hubungan mereka dan sering mengelak apabila disoal berkenaan perkara itu.

Dalam perkongsian sama, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu merayu kepada Puteri Sarah agar menghentikan tindakannya membuka cerita rumah tangga mereka kepada umum. “Puteri Sarah masih isteri saya.

Saya harap dia pulang ke rumah dan bawa anak-anak untuk selesaikan isu rumah tangga kami. Fikirkanlah, saya masih suami awak. “Saya mahu ketenangan dan ambil jalan berbincang. Sampai bila kita mahu aib mengaibkan satu sama lain. Sudah-sudahlah,” ujarnya.

Baca juga artikel lain :

Jatuh Cinta Dengan Menara Merdeka 118, Wanita Ini Cerita Cara Ceroboh Mendaki Ke Atas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gambar Majlis Anak Tak Memuaskan, Wanita Dari Sabah Ini Berang Dapat Jurugambar Tidak Professional Gambar Majlis Anak Tak Memuaskan, Wanita Dari Sabah Ini Berang Dapat Jurugambar Tidak Professional
Next Article Fadillah: Sarawak Kekal Jadi Contoh Negeri Harmoni Di Malaysia Fadillah: Sarawak Kekal Jadi Contoh Negeri Harmoni Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?