Another day, another scammer
Pengasas Bitcoin Palsu, Wanita Ini Tipu Satu Dunia Dan Kemudian Hilangkan Diri. Bagi penggemar dunia cryptocurrency, semestinya anda tahu tentang ‘Bitcoin’ iaitu sejenis mata wang digital yang diasas pada tahun 2009 ekoran kejatuhan pasaran perumahan pada masa itu.
Tidak seperti Bitcoin, dimana penciptanya tidak diketahui sehingga hari ini, sebuah lagi cryptocurrency lain dikembangkan iaitu ‘OneCoin’ dan pengasasnya membuat dirinya terkenal akibat itu. Malah, dia akan mengadakan beberapa seminar di seluruh dunia mengenai OneCoin untuk memikat para pelabur. Namun, pengasas OneCoin menghilangkan diri pada 2017.
Jadi, apakah sebenarnya ‘OneCoin’ dan bagaimana ia akhirnya didedahkan sebagai cryptocurrency palsu?

Kenali Dr. Ruja Ignatova, pengasas OneCoin
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ‘OneCoin’, mari kita kenali dahulu pengasasnya.
Lahir pada tahun 1980, Dr. Ruja Ignatova merupakan seorang warga Bulgaria dan kemudian berhijrah ke Jerman. Pada tahun 2005, dia memperoleh PhD dalam European Private Law dari Oxford. Dia juga pernah bekerja di McKenzie Group, iaitu sebuah kumpulan perunding global eksklusif. Perkara-perkara ini turut menambahkan credentials peribadinya.

Dengan wajahnya yang cantik beserta dengan keperibadiannya yang menawan dan kelayakannya yang tak dinafikan power, dia berjaya menipu pelabur bernilai berbilion dolar. Malah, dia dikatakan mampu ‘memperbodohkan’ pegawai bank peringkat tinggi dengan kebijaksanaannya.
Di puncak kemasyhurannya, dia tiba-tiba menghilang diri.
OneCoin, syarikat Multi Level Marketing (MLM) menyamar sebagai syarikat cryptocurrency
Dr. Ruja mengasaskan OneCoin dan menyatakan ia adalah ‘Bitcoin Killer’ serta berjanji “untuk mengubah cara kita melihat wang.”
Dia akan mengadakan seminar di pelbagai jenis venue di seluruh dunia dan berkata bagaimana OneCoin adalah seperti Bitcoin, tetapi ia lebih besar, lebih bagus, dan lebih mudah digunakan.

Kebiasaannya, Dr. Ruja akan mengguna point seperti bagaimana bank dan kerajaan tradisional mempunyai terlalu banyak kuasa atas mata wang, dan sudah tiba masanya revolusi mendemokrasikan wang iaitu “memberi kuasa balik kepada masyarakat.”
Dia juga menyalahkan kerakusan bank besar atas krisis kewangan susulan krisis kewangan 2008 dan mendakwa bahawa sistem semasa sudah ‘usang’ manakala cryptocurrency secara keseluruhan, terutamanya OneCoin, adalah masa depan mata wang.
Selain menggunakan ideology ini, dia juga menekankan konsep kekeluargaan di kalangan pelabur untuk menambahkan kepercayaan pelabur yang berminat.
Pelabur OneCoin akan menyertai sebuah rangkaian digelar ‘One Life’
Para pelabur akan menyertai sebuah rangkaian digelar ‘One Life’ dan kemudian dimasukkan dalam WhatsApp group dengan maklumat orang dalam yang akan berpesan kepada mereka untuk tidak hiraukan pembenci luar.
Konsep kekeluargaan yang ditanamkan oleh Dr. Ruja sangat mendalam sehingga mereka mempunyai simbol tangan mereka sendiri!



Syarikat berkembang maju setelah dilancarkan
Dalam masa tiga tahun sejak dilancarkan pada tahun 2015, lebih dari 3 juta pelabur dari seluruh dunia melabur di syarikat OneCoin.
Seminar dilakukan bukan sahaja di Amerika Syarikat, malah di China, United Kingdom, Singapura, Afrika dan banyak lagi.

Pada puncak kemasyhuran OneCoin, ia menarik pelaburan bernilai USD15 bilion.
Retakan mula dikesan
Pada April 2017, pihak polis India menahan 18 orang di Mumbai atas percubaan menganjurkan sebuah seminar pengambilan OneCoin. Namun, semasa serbuan terbabit, sebanyak USD11 juta dipindahkan keluar sebelum polis ambil tindakan.
Dr. Ruja dijadualkan untuk melakukan sebuah seminar di Lisbon, Portugal pada Oktober 2017 namun dia tidak menghadirkan diri.
Menurut individu-individu yang mengenalinya, perkara ini sangat aneh kerana Dr. Ruja tidak pernah tidak menepati masa. Susulan insiden itu, tiada sesiapa boleh menghubungi Dr. Ruja.
Dr. Ruja secara rasminya hilangkan diri.
Dengan ketuanya hilang, Konstantin Ignatov, adik kepada Dr. Ruja, mengganti kakaknya sebagai CEO OneCoin.

Namun, pada 2017, Konstantin ditahan oleh FBI ketika dia hendak berangkat ke Bulgaria dari Los Angeles, atas tuduhan pengubahan wang haram dan penipuan.
Pada hari yang sama, pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa OneCoin ialah penipuan. Malah, FBI secara rahsia telah menuduh Dr. Ruja dua tahun sebelum penangkapan Konstantin, ketika dia menghilang.
Operasi MLM OneCoin
OneCoin menggunakan konsep pemasaran pelbagai peringkat atau MLM, konsep yang memerlukan orang untuk merekrut orang lain yang membeli pakej permulaan.
Mereka akan diberi komisen untuk setiap orang yang berjaya mereka bawa ke dalam perniagaan. Ini juga merangkumi pemotongan penjualan masa depan orang itu dan juga orang yang dibawa masuk ke dalam perniagaan.

Masalah MLM ialah ia jarang (atau tak pernah) menjanakan nilai dalam bentuk produk atau perkhidmatan. Secara asasnya, orang membuat wang daripada merekrut orang lain, oleh itu segelintir orang di peringkat atas akan mendapatkan wang yang lebih manakala selebihnya akan hilangkan segalanya.
Satu koin dijual dalam bentuk pakej pendidikan yang mempunyai token untuk membantu pembeli melombong syiling crypto, namun sebenarnya tidak ada perlombongan yang berlaku.

Malah, OneCoin tidak mengguna Blockchain, iaitu perkhidmatan penjelajah blok Bitcoin yang juga berfungsi sebagai dompet cryptocurrency dan pertukaran cryptocurrency.

Untuk pakej pendidikan yang ditawarkan OneCoin pula, setiap pakej akan bernilai antara USD100 hingga USD100,000. Ini adalah cara OneCoin menjana keuntungan mereka.

Selain itu, kebanyakan pakej pendidikan terbabit didapati diambil dari sumber-sumber lain. Setiap pembeli pakej tersebut akan diberitahu bahawa duit yang digunakan untuk membeli pakej akan ditukar ke OneCoin dan disyorkan naik nilai.
OneCoin juga merekrut penjual MLM terbaik untuk mulakan rantaian dan skema meluas sejauh Uganda!
Kerugian sehingga pembeli sanggup jual rumah sendiri
Terlalu ramai orang terpedaya dengan get rich scheme ini sehingga ada di kalangan pelabur sanggup menjual rumah sendiri dan juga haiwan ternakan mereka.
Seorang wanita dari Rusia berkata dia rugi €10,000 manakala rakan-rakannya mengalami kerugian €250,000 secara kolektif.

Manakala seorang wanita dari UK melabur sebanyak £10,000, dengan menyatakan sebuah pakej pendidikan OneCoin bernilai £5,000 yang kemudian akan bernilai 40,000 mata wang.
Sumber berkata kerugian keseluruhan para pelabur bernilai antara USD4 bilion hingga USD15 bilion.
Jadi, di mana Dr. Ruja sekarang?
Menurut adik Dr. Ruja, Konstantin, ketika dibicara di mahkamah, dia menyata kakaknya kali terakhir dikatakan tinggal di Bulgaria. Menurut maklumat lain, Dr. Ruja telah membeli tiket penerbangan ke Austria dan Greece.
Selain Austria dan Greece, Dr. Ruja juga dipercayai berada di London atau Dubai. Malah, Konstantin turut mengupah seorang penyiasat peribadi untuk menjejak kakaknya tetapi tidak berjaya menemuinya. Konstantin kini menghadapi hukuman penjara 90 tahun.
Dr. Ruja kini dikehendaki Amerika Syarikat, Konstantin sedang berada dalam tahanan menunggu perbicaraan, tetapi syarikat OneCoin masih berfungsi dengan orang masih percaya dan orang baharu melabur setiap hari.
Menurut BBC news, OneCoin masih menarik masuk sebanyak USD1 juta setiap minggu.
Dengan semua kekayaan yang dia kumpulkan, ia mustahil untuk mencari di mana dia kini berada. Malah, Dr. Ruja dipercayai melarikan diri dengan USD400 juta dan kemungkinan besar tidak akan ditangkap.
Pada Julai 2022, Dr. Ruja telah ditambah ke dalam Sepuluh Teratas Paling Dikehendaki oleh FBI, menjadi satu-satunya wanita dalam senarai itu.

Apa yang boleh kita pelajari dari ini?
Sebelum anda melabur ke sesuatu, pastikan anda research dahulu tentang produk atau perkhidmatan tersebut. Jangan terlalu mempercayai pernyataan tanpa sumber fakta.
Mana tahu, pelaburan seterusnya rupa-rupanya skim MLM!