• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lawatan Sambil Belajar Chung Hua Middle School No.1 Di Masjid Jamek Ini Buat Orang Ramai Kagum

Oleh
Husna Hazmi
19 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Sejuk mata memandang🥰

Lawatan Sambil Belajar Chung Hua Middle School No.1 Di Masjid Jamek Ini Buat Orang Ramai Kagum. Kepelbagaian kaum, bangsa, budaya dan agama di Sarawak melambangkan perpaduan kukuh di Malaysia. Rakyat di sini hidup harmoni dan saling bertoleransi di antara satu sama lain.

Baru-baru ini pada 17 September, Masjid Jamek Sarawak telah menerima kunjungan daripada 250 orang pelajar tingkatan 6 dari Chung Hua Middle School No.1, Kuching.

Lawatan Sambil Belajar Chung Hua Middle School No.1 Di Masjid Jamek Ini Buat Orang Ramai Kagum
Lawatan Sambil Belajar Chung Hua Middle School No.1 Di Masjid Jamek Ini Buat Orang Ramai Kagum. Sumber foto: FB @chms1 
Lawatan Sambil Belajar Chung Hua Middle School No.1 Di Masjid Jamek Ini Buat Orang Ramai Kagum
Sumber foto: FB @chms1 

Pendedahan mengenai budaya dan juga ajaran Islam

Kehadiran rombongan dari sekolah ini telah disambut oleh Ketua Pegawai Jabatan Pengurusan Masjid-Masjid LAKMNS dan pengurusan Masjid Jamek.

Program lawatan sambil belajar ini memberikan mereka pendedahan mengenai budaya dan juga ajaran Islam. Mereka diberikan penerangan mengenai Masjid Jamek oleh Haji Mohd. Nidzam Ahmad dan juga taklimat berkenaan Islam oleh Al Fadhil Ustaz Haji Mohd. Ihsan bin Haji Khaidzir, Timbalan Imam Besar Negeri Sarawak.

Demonstrasi berwuduk juga dilakukan dan dicuba sendiri oleh para pelajar tersebut. Mereka juga turut diberikan beg cenderahati di mana pelajar perempuan menerima sepasang tudung sarung manakala pelajar lelaki pula menerima kopiah!

Lawatan Sambil Belajar Chung Hua Middle School No.1 Di Masjid Jamek Ini Buat Orang Ramai Kagum
Sumber foto: FB @chms1 
Lawatan Sambil Belajar Chung Hua Middle School No.1 Di Masjid Jamek Ini Buat Orang Ramai Kagum
Sumber foto: FB @chms1 

Para pelajar perempuan ini mengenakan tudung sarung

Foto di mana para pelajar perempuan ini mengenakan tudung sarung dan juga kopiah telah membuat orang ramai berasa kagum sekali. Semuanya kelihatan comel-comel belaka!

Untuk pengetahuan anda, Masjid Jamek adalah masjid pertama yang dibina di Petra Jaya, Kuching dan didirikan oleh Ketua orang Melayu Sarawak iaitu Datu Patinggi Ali pada tahun 1840. Pembinaannya dahulu adalah secara berperingkat dan kini telah siap sepenuhnya sehingga boleh menampung kapasiti 20,000 jemaah.

Masjid Jamek ini juga merupakan bukti perkembangan agama Islam di negeri ini. Diharap agar kita semua boleh mencontohi pelajar tingkatan 6 dari Chung Hua Middle School No.1 Kuching ini yang berfikiran terbuka ingin mempelajari dan menghormati agama berbeza di negara kita.

Lagi di sini cerita menarik buat anda:

Disambut Meriah Tidak Mengira Bangsa, Kuching Intercultural Mooncake Festival Dipuji Ramai
Lihat Gambar Dulu Dan Sekarang Pusat Keagamaan Di Sekitar Bandaraya Kuching
SUMBER :FB Pengiran M. Nizam Rahman
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengasas Bitcoin Palsu, Wanita Ini Tipu Satu Dunia Dan Kemudian Hilangkan Diri Pengasas Bitcoin Palsu, Wanita Ini Tipu Satu Dunia Dan Kemudian Hilangkan Diri
Next Article Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini Warga Kuching Wajib Cuba Shawarma Dan Kebab Dari Kupiki Grillers Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?