• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan

Oleh
Nazihah AN
14 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan

Tahniah diucapkan kepada anak-anak Sabah ini

Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan. Sabah Karate Association (SKA) membawa pulang 10 emas, satu perak, dan lima gangsa pada Pertandingan Silent Knight Karate Cup 2024 ke-13 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.

Ia merupakan pencapaian yang lebih baik berbanding tahun lalu apabila kontinjen junior telah meraih lima emas, satu perak, dan tiga gangsa dalam pertandingan tersebut.

Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan
Anak-Anak Sabah Harumkan Nama, Raih 10 Emas Dalam Pertandingan Karate Kebangsaan

Pemenang emas individu kali ini adalah Marymhel Leonarda Aleasya Rodriguez Cachola (kata individu perempuan 8-9 tahun), Mohd Rayyan Razdsha Razali (kata individu lelaki & kumite individu 35kg 10-11 tahun), Nur Rasyiqah Fari’ah Razali (kata individu kadet perempuan 14-15 tahun), Ryyen Ryye Gerrad Rojin (kata individu kadet lelaki), Danish Rayyan Rajis (kumite individu lelaki 50kg 12-13 tahun), Ivy Catrinaz Zurizal (kumite individu perempuan 42kg 12-13 tahun), Mohammad Syazrullah Halim (kumite individu kadet lelaki -52kg), dan dua emas beregu dari kategori kumite lelaki kadet dan kumite lelaki Bawah 14 tahun.

Priscilla Elysa Philip (kumite individu junior perempuan -59kg) menjadi satu-satunya pemenang perak manakala lima gangsa diraih oleh Adellea Zara Amani Subrih (kata individu perempuan 10-11 tahun), Danish Rayyan (kata individu lelaki 12-13 tahun), Putera Ray Nazwa Heryzuan (kata individu lelaki 12-13 tahun), Al Zovainz Zurizal (kata individu kadet lelaki) dan Nur Rasyiqah (kumite individu kadet perempuan -54kg).

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Hikmah Hampir Terlepas Flight, Atlet Taekwondo Sabah Berjaya Hadiahkan Pingat Emas
2 Anak Sarawak Raih Pingat Di Kejohanan Taekwondo Dunia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pulau Lankayan Dive Resort Sabah Tawar Konsep Elegan Seperti Berada Di Maldives
Next Article Pengawal Keselamatan Dari Sabah Menang Jackpot RM13 Juta Pengawal Keselamatan Dari Sabah Menang Jackpot RM13 Juta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?