I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pengguna Boleh Daftar Sebagai Penderma Organ Di Aplikasi MySejahtera Mulai Esok Hari

Oleh Nazihah AN
5 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Pengguna Boleh Daftar Sebagai Penderma Organ Di Aplikasi MySejahtera Mulai Esok Hari

Anda boleh daftar menjadi pengikrar derma organ

Pengguna Boleh Daftar Sebagai Penderma Organ Di Aplikasi MySejahtera Mulai Esok Hari. Kementerian Kesihatan akan memperkenalkan ciri baharu dalam MySejahtera, yang membolehkan pengguna menjadi pengikrar penderma organ selepas kematian, menerusi aplikasi tersebut .

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, ciri itu turut akan menyediakan maklumat terkini mengenai semua perkara berkaitan pendermaan organ. Dan bagi anda yang ingin menjadi pengikrar, anda boleh daftar bermula pada 6 September 2022 (Selasa) ini.

Pengguna Boleh Daftar Sebagai Penderma Organ Di Aplikasi MySejahtera Mulai Esok Hari
Pengguna Boleh Daftar Sebagai Penderma Organ Di Aplikasi MySejahtera Mulai Esok Hari. Gambar sekadar hiasan

Malaysia pernah disenaraikan antara 10 negara dengan kadar pemindahan organ terendah di dunia

Langkah berkenaan adalah sebagai usaha KKM untuk meningkatkan kadar penderma organ, selepas Malaysia disenaraikan antara 10 negara dengan kadar pemindahan organ terendah di dunia, pada tahun lalu.

Ketika ini, katanya, terdapat 10,442 individu yang sedang menunggu pemindahan organ di Malaysia.

Kemas kini terbaharu untuk applikasi MySejahtera akan mula dikeluarkan kepada Android dan Apple pada malam ini, dan pengguna dijangka boleh mula memuat turun kemas kini itu menjelang Selasa ini.

Pendaftaran pengikrar derma organ boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera mulai 6 Sept – @Khairykj pic.twitter.com/IbPpOqDMfJ

— BERNAMA (@bernamadotcom) September 4, 2022

Apabila mereka buat ikrar melalui MySejahtera maklumat itu terus sampai ke Pusat Sumber Transplan Nasional. Sekiranya berlaku kes kematian mana-mana hospital dan layak derma organ, ia akan keluar dalam sistem”

Jadi, pihak hospital boleh tunjuk maklumat itu pada waris atau ahli keluarganya bahawa ahli keluarga mereka yang meninggal dunia itu adalah penderma organ.”

Pengguna Boleh Daftar Sebagai Penderma Organ Di Aplikasi MySejahtera Mulai Esok Hari
Pengguna Boleh Daftar Sebagai Penderma Organ Di Aplikasi MySejahtera Mulai Esok Hari.

Siapa yang boleh menjadi penderma?

Dalam konteks Islam, secara asasnya hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah (objektif syariah).

Sesiapa pun boleh mendaftar menjadi pengikrar penderma organ dan tisu kecuali mereka yang menghidap penyakit berjangkit seperti HIV AIDS, Hepatitis B dan C, Siflis. Untuk mereka yang berumur kurang dari 18 tahun, kebenaran bertulis dari ibubapa adalah diperlukan.

Pengguna Boleh Daftar Sebagai Penderma Organ Di Aplikasi MySejahtera Mulai Esok Hari
Sumber gambar: healthline.com

Manakala keputusan untuk meneruskan pemakaian pelitup muka akan diumum pada Rabu ini. Baca lebih lanjut di pautan bawah:

SUMBER :BHarian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Canai Anjang, Spot Breakfast Popular Di Kawasan Satok Port Sarapan Popular Di Satok, Jom Cuba Roti Canai Tsunami Di Canai Anjang
Next Article Disambut Meriah Tidak Mengira Bangsa, Kuching Intercultural Mooncake Festival Dipuji Ramai

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?