• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Orang Ramai Dijemput Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib Hari Ini Di DUN Sarawak

Oleh
Aina Musa
22 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Orang Ramai Dijemput Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib Hari Ini Di DUN Sarawak

Upacara penghormatan terakhir itu akan berlangsung di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak

Orang Ramai Dijemput Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib Hari Ini Di DUN Sarawak. Orang ramai diberi kesempatan selama 4 jam setengah untuk hadir memberi penghormatan terakhir dan menziarahi jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Sarawak yang telah meninggal dunia di Kuala Lumpur pada hari Rabu yang lalu.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di ibu negara pada pukul 4.40 pagi selepas menerima rawatan selama hampir seminggu.

Orang Ramai Dijemput Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib Hari Ini Di DUN Sarawak
Orang Ramai Dijemput Beri Penghormatan Terakhir Buat Tun Taib Hari Ini Di DUN Sarawak

Upacara penghormatan terakhir jenazah negarawan terkemuka ini akan berlangsung mulai pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi di bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Ini adalah satu kesempatan terakhir bagi rakyat Sarawak khususnya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemimpin yang telah banyak berjasa kepada negeri tersebut.

Selepas majlis penghormatan di DUN Sarawak, jenazah akan dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching.

Jenazah akan disembahyangkan terlebih dahulu di Masjid Demak berdekatan rumah beliau sebelum dikebumikan di tanah perkuburan keluarga. Pengkebumian dijangka akan berlangsung selepas solat Zohor.

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Kuching dari Lapangan Terbang Subang melalui penerbangan khas oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada petang Rabu. Setibanya di sini, jenazah mendapat penghormatan daripada kerajaan negeri Sarawak.

Rombongan jenazah kemudiannya bergerak ke Dewan Undangan Negeri sebelum dibawa pulang ke kediaman Allahyarham.

Tun Abdul Taib Mahmud merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak yang paling lama memegang jawatan selama 33 tahun.

Kemangkatannya pastinya meninggalkan rasa kehilangan yang mendalam kepada rakyat Sarawak amnya.

Baca lagi artikel menarik:

Digelar Bapa Permodenan, Ini Antara Jasa Allahyarham Taib Mahmud Buat Sarawak
Pemergian Tun Taib Sebuah Kehilangan Besar Tokoh Unggul Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pempengaruh Terkenal Ryzal Ibrahim Didenda RM10,000 Selar Kostum Iban
Next Article Malang Tak Berbau, Pekerja Ladang Sawit Tertusuk Besi Di Perutnya Di Sandakan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?