• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pemergian Tun Taib Sebuah Kehilangan Besar Tokoh Unggul Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
21 Februari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Jasa Allahyarham terhadap Sarawak bukti kepimpinannya

Pemergian Tun Taib Sebuah Kehilangan Besar Tokoh Unggul Sarawak. Pada hari ini, semua dikhabarkan dengan berita penuh duka cita di mana pergi nya seorang pemimpin beribawa Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 4.40 pagi di Kuala Lumpur ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sana, pemergian Allahyarham telah menyentuh perasaan semua pihak terutamanya rakyat Sarawak.

Pemergian Tun Taib Sebuah Kehilangan Besar Tokoh Unggul Sarawak
Pemergian Tun Taib Sebuah Kehilangan Besar Tokoh Unggul Sarawak. Kredit gambar: The Borneo Post

Hal ini kerana Tun Taib merupakan Ketua Menteri Sarawak yang paling lama berkhidmat iaitu selama 33 tahun (26 Mac 1981 hingga 28 Februari 2014) dan telah menjadikan Sarawak sebagai salah satu negeri maju berpendapatan tinggi di Malaysia.

Dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh sehingga 26 Januari 2024, pemergian beliau memberi impak yang besar terhadap Sarawak.

Oleh kerana beliau adalah penyumbang yang besar dalam membangun dan mensejahterakan Bumi Kenyalang, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari mengiktiraf beliau sebagai ‘Bapa Sarawak Moden’.

Selain daripada memberi sumbangan besar dalam pembangunan negeri, Allahyarham juga telah menjadikan Sarawak sebagai wilayah paling stabil dari segi politik dan berdaya maju dari segi eskonomi di Malaysia sehingga ke hari ini.

Pemergian Tun Taib Sebuah Kehilangan Besar Tokoh Unggul Sarawak
Kredit gambar: The Borneo Post

Dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan

Dilahirkan dalam keluarga yang kurang berkemampuan, Tun Taib memulakan persekolahan di Sekolah Rendah St. Joseph di Miri, seterusnya ke Sekolah Menengah St. Joseph di Kuching dengan bantuan bapa saudaranya.

Berkat usaha beliau dalam menuntut ilmu, Tun Taib telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Senior Cambridge pada 1958, melayakkan beliau untuk memperoleh biasiswa dari Shell bagi meneruskan pengajian di Universiti Adelaide, Australia dan berjaya mendapat ijazah pertama dalam bidang undang-undang pada 1960.

Kredit gambar: News Strait Times

Hasrat Tun Taib bina UNIMAS tercapai

Sebagai seorang pemimpin yang amat mementingkan pendidikan dalam kalangan rakyat Sarawak, hasrat Tun Taib menginginkan sebuah universiti awam dibangunkan di Sarawak akhirnya tercapai apabila Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan ditubuhkan secara rasmi pada 24 Disember 1992.

Pada bulan Julai 2010, Tun Taib telah diberikan “pencapaian sepanjang hayat” oleh Kongres Asia HRD untuk memperingati sumbangan beliau kepada pembangunan modal insan di Sarawak terutamanya dengan penubuhan UNIMAS.

Lagi perkembangan terkini di sini:

TERKINI : Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud Disahkan Meninggal Dunia
Sarawak Umum Berkabung, Tangguh Majlis Rasmi Libatkan Hiburan Selama 2 Hari
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penghormatan Terakhir Bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Taib Mahmud Diadakan Esok
Next Article Digelar Bapa Permodenan, Ini Antara Jasa Allahyarham Taib Mahmud Buat Sarawak Digelar Bapa Permodenan, Ini Antara Jasa Allahyarham Taib Mahmud Buat Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?