• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pengurus F&B ‘Reject’ Calon Pekerja Daripada Keluarga Miskin, Tak Sanggup Pikul Beban

Oleh
ILB - AI
24 Mei 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Pengurus F&B elak untuk ambil pekerja baharu daripada keluarga miskin kerana tak sanggup pikul beban

Pengurus Reject Calon Pekerja Daripada Keluarga Miskin, Tak Sanggup Pikul Beban. Baru-baru ini, satu hantaran tular di Twitter mengenai seorang wanita yang bekerja di sebuah rangkaian jenama pizza terkemuka menceritakan bagaimana penyelianya meneliti latar belakang bakal pekerja baharu.

“Waktu aku kerja di situ dulu, manager aku selalu tanya extra soalan apabila nak ambil pekerja sambilan. Keluarga okay ke? Mak ayah bercerai? Tinggal dengan siapa?,” tulisnya di laman Twitter.

“Aku macam triggered sikit dengar soalan macam tu. Apabila aku tanya, dia beritahu dia tak suka ambil orang susah. Dia cakap mereka ni banyak masalah.

Masa aku kerja Pizza Hut dulu, manager aku selalu tanya extra soalan bila nak ambik part timers. Family ok tak? Ada divorce parents? Tinggal dengan siapa? Pelik soalan ni but she lwarn that from experience & observation

— Yoyo suka The Voidz (@aswaliaaa) May 20, 2023

Bermacam-macam masalah kalau bekerja dengan orang miskin

“Keluarga tak tentu hala, ibu bapa dah tak ada, jadi kena tinggal dengan nenek. Nenek pula selalu sakit, kena minta cuti. Atau duduk dengan keluarga makcik, pakcik pula pemabuk, selalu gaduh-gaduh.

“Pakcik ambil motosikal sampai tak balik, akhirnya tak boleh pergi kerja sebab tak ada transport. Tengah kerja, ahli keluarga datang minta duit, kalau tak layan, bising-bising sampai bergaduh dan bertekak,” ujarnya lagi.

Pengurus Reject Calon Pekerja Daripada Keluarga Miskin, Tak Sanggup Pikul Beban
Gambar hiasan. Sumber: portalsulut

Kemiskinan adalah beban, sukar untuk mencapai kejayaan

Menurut sumber, wanita itu menyatakan bahawa kemiskinan adalah beban tambahan yang menyukarkan seseorang untuk menggapai pencapaian dalam kejayaan.

“Memang nampak depan mata. Kemiskinan ni menjejaskan orang sekeliling. Mereka yang dah sedia susah, makin bertambah susah.

“Kalau orang miskin seperti ini nak berjaya, dia harus dikeluarkan dahulu daripada environment dia. Sebab tu budak pandai masuk asrama.

“Apabila aku dah sembang dengan manager tu baru aku faham dan sedar masalah ni. Kalau yang tengok dari luar akan judge manager tu macam-macam hal, tapi ia betul.

Pengurus Reject Calon Pekerja Daripada Keluarga Miskin, Tak Sanggup Pikul Beban
Gambar hiasan. Sumber: islamkajian

“Bukan senang nak keluar daripada kepompong kemiskinan ni, ia akan tarik kita ke bawah dan kita susah nak maju ke hadapan,” katanya lagi.

Kebanyakan warga maya setuju dengan ciapan di Twitter tersebut

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dari warga maya dan rata-ratanya berkongsi perspektif mereka mengenai perkara berkenaan. Sementara itu, ramai yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Syarat Kena Jadi Miskin Dulu, Netizen Kesal ‘Dimalukan’ Staf Kaunter Kerajaan Di Kuching
Sarawak Ditangga Teratas Rekod Jumlah Penduduk Miskin Tegar Dalam Malaysia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Universiti Di Shah Alam Nak Terjun Bangunan, Tertekan Tak Mencapai Sasaran Dalam Pengajian
Next Article Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?