• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Diambil Sempena Nama Rumput, Ketahui Sejarah Ringkas Asal Usul Daerah Kudat

Oleh
Aina Musa
29 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Diambil Sempena Nama Rumput, Ketahui Sejarah Ringkas Asal Usul Daerah Kudat

Sejarah dan Asal Usul Daerah Kudat

Diambil Sempena Nama Rumput, Ketahui Sejarah Ringkas Asal Usul Daerah Kudat. Daerah Kudat terletak di bahagian utara Sabah. Pada zaman dahulu, Kudat merupakan pusat pentadbiran pertama di Sabah sebelum ia berpindah ke Sandakan dan kemudian ke Jesselton, yang kini dikenali sebagai Kota Kinabalu.

Terdapat tiga pusat pentadbiran dalam daerah Kudat, iaitu Kudat Proper, Pekan Karakit di Pulau Banggi, dan Pekan Matunggong. Pada tahun 1890, Pekan Kudat menjadi tumpuan masyarakat setempat.

Diambil Sempena Nama Rumput, Ketahui Sejarah Ringkas Asal Usul Daerah Kudat
Diambil Sempena Nama Rumput, Ketahui Sejarah Ringkas Asal Usul Daerah Kudat. Kredit: Google

Kaum Rungus merupakan penduduk asal di Kudat. Kawasan ini dikenali sebagai “Tanjung Berungus” atau “Tambarungus”. Menurut cerita kaum Rungus, beberapa peniaga Cina datang ke Tanjung Berungus.

Pada masa itu, Kudat dipenuhi dengan rumput lalang. Peniaga-peniaga Cina ini, yang hairan dengan kehadiran rumput lalang yang melimpah ruah, bertanya kepada penduduk tempatan tentang jenis rumput tersebut.

Penduduk, yang kebanyakannya dari kaum Rungus, menyebut rumput tersebut sebagai “Kutad”, yang bermaksud “Rumput Lalang” dalam bahasa Rungus.

Diambil Sempena Nama Rumput, Ketahui Sejarah Ringkas Asal Usul Daerah Kudat

Namun, kerana pelat lidah, peniaga Cina tersebut menyebutnya sebagai “Kudat”. Inilah asal-usul nama Kudat menurut cerita kaum Rungus.

Walau bagaimanapun, ada cerita lisan lain yang diceritakan oleh penduduk tempatan mengenai asal-usul nama Kudat. Menurut cerita ini, kira-kira seratus tahun yang lalu, penduduk di pinggir laut dikejutkan oleh bunyi hon kuat dari sebuah kapal bernama “Santi”.

Kejadian ini menyebabkan mereka menjerit “takuddat aku”, sambil berlari ketakutan. Dari situ, perkataan “takuddat” dipendekkan menjadi “Kudat”, dan nama ini dikekalkan bagi daerah tersebut.

Baca lagi artikel menarik:

Ini Sejarah Masjid Bandaraya Kuching, Masjid Pertama Dan Tertua Di Sarawak
Wujud Sejak 500 Tahun Dulu, Ketahui Sejarah Dan Asal Usul Kota Marudu Di Sabah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wujud Sejak 500 Tahun Dulu, Ketahui Sejarah Dan Asal Usul Kota Marudu Di Sabah Wujud Sejak 500 Tahun Dulu, Ketahui Sejarah Dan Asal Usul Kota Marudu Di Sabah
Next Article Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?