• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pengurus Syarikat Rugi RM 78K Ditipu Scammer Tender Pembekal Elektrik Di Miri

Oleh
Husna Hazmi
6 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa rugi RM 78K terhadap scammer yang menjanjikan tender projek

Pengurus Syarikat Rugi RM 78K Ditipu Scammer Tender Pembekal Elektrik Di Miri. Dipetik daripada portal berita tempatan, The Borneo Post, seorang pengurus sebuah syarikat pembekal bahan binaan di Miri mengalami kerugian RM 78,000 setelah ditipu sindiket penipuan yang menawarkan tender projek membekal barangan elektrik.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan hari ini, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai wakil Pejabat Pendidikan Daerah Miri dan menawarkan tender projek membaik pulih bangunan.

Suspek turut menyuruh mangsa berurusan dengan pembekal barangan. Bagaimanapun, dia menyedari dia telah ditipu selepas menyemak projek itu dan mendapati ia tidak wujud,” kata beliau.

Pengurus Syarikat Rugi RM 78K Ditipu Scammer Tender Pembekal Elektrik Di Miri
Pengurus Syarikat Rugi RM 78K Ditipu Scammer Tender Pembekal Elektrik Di Miri

Mangsa telah membuat laporan polis

Mangsa kemudiannya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun; sebat; dan denda.

Dalam masa yang sama, Alexson menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mendedahkan atau memberikan sebarang butiran kewangan kepada pemanggil yang tidak dikenali.

Berhati-hati dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan urusan dalam talian, terutamanya jika pemanggil mendakwa sebagai rakan, kenalan, perkhidmatan penghantaran, pegawai penguatkuasa undang-undang atau mahkamah. Semak dan dapatkan pengesahan daripada pihak terbabit,” ujar beliau.

Pengurus Syarikat Rugi RM 78K Ditipu Scammer Tender Pembekal Elektrik Di Miri
Gambar sekadar hiasan

Pusat Respons Scam Kebangsaan

Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 jika mereka menjadi mangsa penipuan siber seperti penipuan cinta, penipuan telefon, penipuan e-dagang, pinjaman tidak wujud dan lain-lain, terutama jika mereka telah melakukan transaksi wang terhadap akaun palsu atau sindiket penipuan.

Orang ramai juga boleh menyemak nombor telefon dan akaun bank melalui Check Scammer CCID atau https://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Taktik Terbaru Scammer, Menyamar Sebagai Kenalan Melalui WhatsApp
Bermula Dari Panggilan Telefon, Wanita Discam RM 390 Ribu Di Kuching
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sambut Aidilfitri Awal, Imam Mengaku ‘Telefon Tuhan’ Tanya Tarikh 1 Syawal
Next Article Padah Potong Barisan Secara Merbahaya Di Sri Aman, Pemandu Axia Akhirnya Disaman Padah Potong Barisan Secara Merbahaya Di Sri Aman, Pemandu Axia Akhirnya Disaman

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?