• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Sambut Aidilfitri Awal, Imam Mengaku ‘Telefon Tuhan’ Tanya Tarikh 1 Syawal

Oleh
Husna Hazmi
6 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Imam mengaku menghubungi Tuhan menggunakan telefon

Sambut Aidilfitri Awal, Imam Mengaku ‘Telefon Tuhan’ Tanya Tarikh 1 Syawal. Dipetik daripada Kosmo, beratus-ratus jemaah Masjid Aolia di Jogjakarta telah menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam oleh kerana dakwaan pelik imam mereka.

Dilaporkan juga oleh portal berita Indonesia suara.com, imam KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau lebih mesra dipanggil Mbah Benu berkata, dia telah menghubungi ‘Tuhan’ menerusi telefon untuk bertanya tentang tarikh hari raya aidilfitri pada tahun ini.

Sambut Aidilfitri Awal, Imam Mengaku 'Telefon Tuhan' Tanya Tarikh 1 Syawal
Sambut Aidilfitri Awal, Imam Mengaku ‘Telefon Tuhan’ Tanya Tarikh 1 Syawal. Sumber foto: Kompas TV

Saya tidak menggunakan (kaedah) perhitungan. Saya ‘telefon’ kepada Allah. Ya, Allah hari ini (Khamis) sudah 29 (Ramadan), bilakah 1 Syawal?,” ujarnya.

Ibnu kemudian mendakwa bahawa dia diberitahu tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat (semalam).

Lapor Suara.com lagi, berdasarkan keyakinan itu, dia membuat keputusan untuk menyambut hari raya pertama bersama jemaahnya semalam.

Para jemaah masjid berkenaan yang menetap di luar negara seperti Malaysia, India dan United Kingdom (UK) turut menyambut ‘Aidilfitri’ pada hari tersebut.

Sambut Aidilfitri Awal, Imam Mengaku 'Telefon Tuhan' Tanya Tarikh 1 Syawal
Sumber foto: Siakapkeli

Pejabat Wilayah Kementerian Agama tidak dapat memaksa

Dalam masa yang sama, Ketua Bidang Urusan Agama Islam, Pejabat Wilayah Kementerian Agama, Jauhar Mustofa berkata, pihak beliau tidak dapat ‘memaksa’ jemaah Masjid Aolia mengikut penentuan hari raya seperti diputuskan oleh pemerintah.

Kejadian itu bukan kali pertama berlaku, namun tahun ini ia jauh lebih awal (sambutan Aidilfitri berbanding keputusan yang diputuskan pemerintah),” jelas beliau. 

Berdasarkan Kalendar Hijrah Indonesia terbitan Kementerian Agama, 1 Syawal sepatutnya jatuh pada Rabu bersamaan 10 April 2024, namun pemerintah akan mengumumkan secara rasmi  tarikh Hari Lebaran.

Pada tahun lepas, kampung ini turut menyambut raya awal:

Awal Dua Hari, Kampung Ini Sudah Mula Sambut Hari Raya Aidilfitri
Curi Bahan Kek Untuk Hari Raya, Wanita Dipenjara 1 Bulan Dan Denda RM1.8K Di Kuching
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pameran Ulam Terbanyak Di Malaysia, Festival Makanan Dan Budaya Samarahan Bakal Diadakan Bulan Mei Pameran Ulam Terbanyak Di Malaysia, Festival Makanan Dan Budaya Samarahan Bakal Diadakan Bulan Mei
Next Article Pengurus Syarikat Rugi RM 78K Ditipu Scammer Tender Pembekal Elektrik Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?