• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sibu Catat Kes Scammer Tertinggi Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
11 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Sibu Catat Kes Scammer Tertinggi Di Sarawak

Penipuan e-dagang dalam talian tertinggi dicatatkan di Sibu

Sibu Catat Kes Scammer Tertinggi Di Sarawak. Kes ‘scammer’ di Sibu yang paling tinggi sejak kebelakangan ini amat membimbangkan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak, Superintendan Maria Rashid berkata orang ramai perlu sentiasa berhati-hati.

“Ambil langkah berjaga-jaga terhadap penjenayah ‘scammer’ di mana Sibu telah mencatatkan jumlah kes yang membimbangkan.

“Sibu mencatatkan kes paling tinggi iaitu penipuan e-dagang dalam talian, diikuti kes tawaran kerja sambilan, pelaburan, pinjaman tidak wujud dalam talian dan Phone Scam.

Sibu Catat Kes Scammer Tertinggi Di Sarawak.

“Pelbagai jenis taktik penipuan yang digunakan oleh sindiket penipuan untuk menipu mangsa,” katanya pada program Sembang Santai Kempen Pencegahan Jenayah Komersil (Anti-Scam) dan Pameran di sini

Lebih 80 peserta telah menyertai program itu.

Maria meminta peserta program itu untuk berkongsi maklumat yang disampaikan dengan orang terdekat dan rakan-rakan agar kes penipuan dapat dibendung bersama.

“Janganlah sampai tertipu barulah membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata penganjuran program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jenayah penipuan serta ‘modus operandi’ terkini jenayah terbabit.

“Menerusi program ini, kita bercerita mengenai kes berkaitan penipuan atau bagaimana untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa scammer.

“Kita tidak mahu orang kena tipu dan kita mahu menyelamatkan orang ramai daripada mengalami kerugian akibat sindiket penipuan,” katanya.

Beliau berharap, orang ramai sentiasa berwaspada dan lebih bijak menangani jenayah penipuan serta melindungi diri dan orang yang tersayang daripada terjerat menjadi mangsa ‘scammer’.

Baca lagi artikel menarik:

Kartunis Terkenal Zunar Didakwa Blacklist Masuk Sarawak, Diberi Pas Tiga Hari Ke Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu 'Breakfast' Kegemaran Penduduk Tempatan Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan
Next Article Taska Punca Anak Sawan, Sedia Makanan Dalam Plastik Sampah Dan Guna Pinggan Digigit Tikus

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?