• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MBKS Tawar Diskaun 50 Peratus Kompaun Parking Buat Warga Kuching Hingga 31 Disember Ini

Oleh
Aina Musa
29 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
MBKS Tawar Diskaun 50 Peratus Kompaun Parking Buat Warga Kuching Hingga 31 Disember Ini

Diskaun saman parking buat warga Kuching

MBKS Tawar Diskaun 50 Peratus Kompaun Parking Buat Warga Kuching Hingga 31 Disember Ini. Penduduk Kuching amat digalakkan untuk segera menyelesaikan kompaun parkir jenis ‘bergores’ di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) kerana tempoh diskaun 50 peratus telah dilanjutkan hingga 31 Disember 2023.

Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng menyeru orang ramai agar menyelesaikan saman-saman ini sebelum tindakan undang-undang diperlukan.

MBKS Tawar Diskaun 50 Peratus Kompaun Parking Buat Warga Kuching Hingga 31 Disember Ini. Kredit: Dayak Daily

“Kami menggesa orang ramai untuk bekerjasama dan jangan melihat ini sebagai ancaman atau dalam persepsi negatif kerana isu ini telah lama memberatkan majlis, yang memberi kesan besar ke atas akaun kami.

“Jika individu terus mengelak daripada membayar kompaun yang belum diselesaikan, kami mungkin terpaksa mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Wee menekankan bahawa inisiatif khas ini, yang dilaksanakan sempena ulang tahun ke-60 kemerdekaan Sarawak tahun ini, juga bertujuan untuk menyusun semula dan membetulkan akaun majlis sebagai persiapan untuk sistem pembayaran parkir di tepi jalan digital yang akan datang tahun depan.

“Semasa mesyuarat penuh majlis kami semalam (28 Okt), kami secara sebulat suara bersetuju untuk melanjutkan tempoh diskaun, yang asalnya dijadualkan berakhir pada 31 Okt 2023, sehingga akhir tahun.

“Isu ini telah dibincangkan, dan kami faham bahawa ada individu yang mungkin menghadapi kesukaran kewangan disebabkan oleh bayaran penilaian separuh kedua yang masih tertunggak,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian juga telah dimaklumkan dan memberikan kelulusannya untuk pelanjutan diskaun tersebut.

Semasa sesi ShallWeeTalk, Wee menekankan tentang kekangan masa yang mungkin dihadapi oleh orang ramai untuk menyelesaikan saman parkir mereka, kerana inisiatif ini baru dilancarkan pada bulan Ogos.

Beliau juga menekankan kepentingan untuk berhubung dengan majlis bagi menyelesaikan sebarang ketidaksesuaian atau pertikaian yang mungkin timbul.

“Mana-mana kompaun yang mempunyai isu atau pertikaian, sila bawak kepada Majlis supaya kami boleh menyelesaikannya. Jika ada dokumen untuk membuktikan kes, tidak akan ada masalah,” jelasnya, dengan menyebut contoh kes saman yang dikeluarkan untuk kereta yang dibeli secara terpakai, yang asalnya dikaitkan dengan pemilik sebelumnya.

Mengenai sistem pembayaran digital, Wee mengatakan majlis sedang bersiap sedia untuk melaksanakannya pada tahun depan.

Baca lagi artikel menarik:

Selepas Ambil Alih MASwings, Sarawak Sasar Terbang Serantau
Ini Mengapa Pacuan 4 Roda Jadi Pilihan Orang Sabah Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 3 Port Western Food Sekitar Sibu Yang Anda Perlu Cuba Ini 3 Port Western Food Sekitar Sibu Yang Anda Perlu Cuba
Next Article Ini 5 Gerai Laksa Sarawak Padu Di Kuching Untuk Anda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?