I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi

Oleh iloveborneo 27 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Aktiviti manusia antara puncanya.

Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi. Kalau kita tanya kepada orang awam pasti mereka juga merasakan keadaan haba panas akibat peningkatan suhu sejak kebelakangan ini. Hal ini bukan hal setempat atau satu negara sahaja mengalami malah seluruh dunia merasakan.

Perubahan suhu ini adalah disebabkan oleh banyaknya pelepasan gas rumah kaca ke atmosfera. Malah, hal ini berpunca daripada aktiviti manusia sendiri. Bahkan, dengan perubahan suhu yang semakin meningkat ini, ais di kutub semakin mencair. Apabila peningkatan suhu di atmosfera, lautan dan daratan berlaku, maka ekosistem bumi mula tidak seimbang.

Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi
Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi. Sumber gambar: Cikgu Hailmi.com

Unjuran peningkatan suhu di Malaysia yang ketara

Menurut Muhammad Helmi Abdullah yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), satu unjuran telah dibuat bagi Suhu Purata Tahunan sehingga 2030 dan 2050 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Unjuran ini telah dikeluarkan oleh negara dalam laporan Third National Communication and Second Biennial Update Report untuk Persidangan Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Antara unjuran suhu yang telah dikeluarkan adalah bagi tahun 2030, suhu Semenanjung Malaysia 26.0 darjah Celsius hingga 27.4 darjah Celsius iaitu peningkatan sebanyak 0.6 hingga 0.9 darjah Celsius. Manakala untuk Sabah dan Sarawak pula adalah sebanyak 25.3 darjah Celsius hingga 26.9 darjah Celsius dan 25.6 darjah Celsius hingga 26.8 darjah Celsius. Ini menunjukkan peningkatan suhu yang ketara. 0.8 darjah Celsius hingga 10 darjah Celsius untuk Sabah dan 0.6 hingga 0.8 darjah Celsius untuk Sarawak.

Ini baru unjuran untuk tahun 2030. Untuk tahun 2050 pula semakin ketara perubahan peningkatan suhu Malaysia dimana di Semenanjung Malaysia, unjuran suhu adalah 26.6 darjah Celsius hingga 28.1 darjah Celsius dan peningkatan ini adalah sebanyak 1.2 darjah Celsius hingga 1.6 darjah Celsius.

Untuk negeri di Bawah Bayu pula, unjuran suhu dianggarkan meningkat sebanyak 1.3 darjah Celsius hingga 1.4 darjah Celsius dimana dari 25.7 darjah Celsius hingga 27.4 darjah Celsius. Tidak terkecuali peningkatan suhu yang ketara di bumi Kenyalang sebanyak 1.3 hingga 1.6 darjah Celsius iaitu dari 26.4 hingga 27.5 darjah Celsius. Peningkatan suhu ini adalah antara bukti bahawa Malaysia turut terjejas kerana pemanasan global, bukan di kawasan Kutub sahaja.

Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi
Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi. Sumber gambar: Harian Metro

Baki 18 tahun, semakin mendekat dengan ’kiamat iklim’.

Bahkan beliau juga mengulas tentang kenyataan Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan Ikon Ais Kutub Utara iaitu tentang pemerhatian Dr Sharifah bahawa ais semakin mencair, gunung berapi mula aktif di Antartika dan suhu di Kutub Utara bukan lagi dikategori sebagai membeku, hanya suam sahaja.

Menurut pemerhatian beliau yang berkali-kali ke Kutub Utara dan Antartika, ini adalah antara petunjuk daripada kesan pemanasan global. Hal ini tidak pernah berlaku tetapi hal ini yang mendekatkan dunia termasuk Malaysia kepada situasi ’kiamat iklim’. Dianggarkan dalam tempoh 18 tahun lagi, Malaysia akan terjejas dek kerana kiamat iklim ini kerana melihat perkembangan peningkatan suhu yang berlaku dari tahun ke tahun.

Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi
Peningkatan Suhu, Malaysia Mungkin Akan Mengalami Kiamat Iklim Dalam Tempoh 18 Tahun Lagi. Sumber gambar: astro AWANI

Peningkatan suhu ini berlaku banyak berpunca daripada aktiviti manusia. Jadi, diharapkan supaya kita lebih menitikberatkan aktiviti yang dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera agar kita dapat menyelamatkan sedikit ekosistem bumi kita.

Untuk artikel yang berkaitan dengan isu ekosistem ini, boleh baca artikel berikut:

SUMBER : Cikgu Hailmi.com, Harian Metro, astro AWANI
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelancong Iktiraf Sibu Antara 10 Bandar Terbersih Di Malaysia
Next Article Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?